Page 40 - KSD ABMS BM
P. 40
KLAUSA 5: Kepimpinan
5.1 Kepimpinan Dan Komitmen
5.1.1 Badan Pentadbir mempunyai tanggungjawab dan peranan
sebagaimana berikut :
a) meluluskan Polisi Antirasuah;
b) memastikan strategi dan Polisi Antirasuah adalah selari;
c) menerima dan menyemak semula maklumat berkaitan kandungan
dan pelaksanaan SPAR;
d) meminta sumber-sumber yang mencukupi dan bersesuaian
disediakan bagi pelaksanaan SPAR yang efektif;
e) melaksanakan pemantauan yang munasabah terhadap
pelaksanaan SPAR oleh Pengurusan Atasan dan keberkesanannya.
40
© GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.