Page 24 - PROSPEKTUS KVSM 2021 _Neat
P. 24
STRUKTUR PENGAJIAN
Pelaksanaan pengajian meliputi pembelajaran dan
pengajaran (PdP) secara kuliah, praktikal dan tutorial,
berdasarkan Student Learning Time (SLT) dan jam kredit
bagi setiap kursus mengikut struktur kurikulum program
yang ditawarkan
KAEDAH PENILAIAN
Penilaian pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus dibuat
secara Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir
Semester. Penilaian Berterusan adalah penilaian berkala
dan berterusan di sepanjang semester melalui kerja kursus
seperti kuiz, ujian, amali, tutorial, tugasan berkumpulan
dan tugasan individu.
SISTEM PERMARKAHAN
Sistem Purata Nilai Gred (PNG) dan Sistem Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan
pencapaian akademik pelajar dan dijadikan sebagai
syarat kelayakan untuk meneruskan pengajian
TEMPOH PENGAJIAN
PERINGKAT SEMESTER TAHUN
SVM 4 2
DIPLOMA 5 2 Tahun 6 Bulan
WAKTU PEMBELAJARAN
HARI MASA REHAT
8.00 pagi – SESI 1 SESI 2
Isnin –
Jumaat 5 .00 10.00 -10.30 1.00 tengah hari –
petang pagi 2.00 tengah hari