Page 2 - BULETIN MGBPM
P. 2
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan berkat limpah kurnianya saya diberi
peluang untuk memimpin MGBPM bgi sidang 2021/2024.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan sahabat Guru Besar kerana memberi peluang ini
kepada saya.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa
yang terpilih untuk bersama saya di saf kepimpinan MGBPM di sidang ini.
Gunakanlah peluang dan mandat diberi ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi kita.
Adalah menjadi harapan saya agar semua saf kepimpinan memberikan komitmen sepenuh jiwa dan raga untuk
kebaikan semua ahli.
Marilah kita bersama-sama memperkasakan organisasi milik bersama ini agar ianya dilihat masih relevan dan
mampu memenuhi hasrat semua ahli sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan MGBPM.
Hasrat pengerusi, MGBPM akan mengekal,menerus bahkan memberi nilaitambah dalam hubungan akrab sedia ada
dengan pihak-pihak pemegang taroh(stake holder) seperti PPD,JPN,KPM,MGBK dan MGBM dan akan sentiasa
peka dengan segala arahan serta perancangan pihak-pihak diatas dalam mendepani halatuju pendidikan negara.
Buat makluman dan pengetahuan,MGB adalah sebuah organisasi pemuafakatan di antara kita sesama guru besar
yang antara fungsi dan tugasnya adalah untuk membantu hal-hal berkaitan kebajikan guru besar dalam mengurus
serta melaksanakan tugas-tugas rasmi di sekolah.
Perlu diingat, matlamat penubuhan organisasi ini bukan satu organisasi pendesak kpd pihak PPD,JPN maupun
KPM dalam memenuhi sebarang tuntutan/keperluan guru besar-guru besar yang ada di bawah bidang kuasa pihak
di atas.
MGB adalah satu badan yang boleh dianggap sebagai satu badan perantara dalam perhubungan antara guru besar
dengan jabatan/kementerian dalam menyalurkan pandangan,idea maupun permohonan.
Rakan-rakan Guru Besar..
Guru besar adalah arkitek sosial sememangnya memikul tugas besar,bukan sekadar memimpin para guru dalam
memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat
pendidikan negara seperti mana yang digariskan oleh KPM.
Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha menzahirkan hasrat murni ini untuk melahirkan modal insan di sekolah
masing-masing yang dapat mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan realiti kelak dengan
budi pekerti dan akhlak yang terpuji.
In shaa Allah bersama barisan kepimpinan, MGBPM akan bergerak dalam satu pasukan untuk membuat satu
perubahan terbaik dalam memperkasakan tugas,peranan dan tanggungjawab
MGB daerah sepertimana digariskan dalam perlembagaan MGBPM.
Saya bermohon semua ahli berganding bahu agar MGBPM terus mekar dan ‘independent’ dan ianya boleh menjadi
naungan kepada kita semua.
Akhir kata,kita selalu laungkan MGBPM milik bersama,kerana itu ayuh kita zahirkan,realitikan kata-kata ini dengan
amalan dan praktikalnya..MGBPM akan menjadi satu organisasi tidak bermaya dan tidak berdaya saing jika TIADA
kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan serta ketidakakuran kepada peraturan oleh ahli-ahlinya..
Saya sudahi dengan serangkap pantun lama...
BERBURU DI PADANG DATAR
DAPAT RUSA BEBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAKJADI..
Sekian,terima kasih,wassalam wbt.
(HJ MD DAUD BIN AWANG)
Pengerusi MGBPM21/24