Page 2 - BULETIN MGBPM_Neat
P. 2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.





                                                         Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan berkat limpah kurnianya saya diberi

                                                         peluang untuk memimpin MGBPM bgi sidang 2021/2024.


                                                         Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan sahabat Guru Besar kerana memberi peluang ini

                                                         kepada saya.





                        Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa

                        yang terpilih untuk bersama saya di saf kepimpinan MGBPM di sidang ini.


                        Gunakanlah peluang dan mandat diberi ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi kita.

                        Adalah  menjadi  harapan  saya  agar  semua  saf  kepimpinan  memberikan  komitmen  sepenuh  jiwa  dan  raga  untuk

                        kebaikan semua ahli.


                        Marilah  kita  bersama-sama  memperkasakan  organisasi  milik  bersama  ini  agar  ianya  dilihat  masih  relevan  dan

                        mampu memenuhi hasrat semua ahli sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan MGBPM.





                        Hasrat pengerusi, MGBPM akan mengekal,menerus bahkan memberi nilaitambah dalam hubungan akrab sedia ada

                        dengan  pihak-pihak  pemegang  taroh(stake  holder)  seperti  PPD,JPN,KPM,MGBK  dan  MGBM  dan  akan  sentiasa


                        peka dengan segala arahan serta perancangan pihak-pihak diatas dalam mendepani halatuju pendidikan negara.





                        Buat makluman dan pengetahuan,MGB adalah sebuah organisasi pemuafakatan di antara kita sesama guru besar

                        yang antara fungsi dan tugasnya adalah untuk membantu hal-hal berkaitan kebajikan guru besar dalam mengurus

                        serta melaksanakan tugas-tugas rasmi di sekolah.


                        Perlu  diingat,  matlamat  penubuhan  organisasi  ini  bukan  satu  organisasi  pendesak  kpd  pihak  PPD,JPN  maupun

                        KPM dalam memenuhi sebarang tuntutan/keperluan guru besar-guru besar yang ada di bawah bidang kuasa pihak


                        di atas.

                        MGB adalah satu badan yang boleh dianggap sebagai satu badan perantara dalam perhubungan antara guru besar

                        dengan jabatan/kementerian dalam menyalurkan pandangan,idea maupun permohonan.





                        Rakan-rakan Guru Besar..

                        Guru besar adalah arkitek sosial sememangnya memikul tugas besar,bukan sekadar memimpin para guru dalam


                        memberi  pendidikan  dan  menyampaikan  ilmu  malah  dipertanggungjawabkan  untuk  merealisasikan  hasrat

                        pendidikan negara seperti mana yang digariskan oleh  KPM.


                        Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha menzahirkan hasrat murni ini untuk melahirkan modal insan di sekolah

                        masing-masing  yang  dapat  mendepani  cabaran  dan  perubahan  dalam  menjalani  kehidupan  realiti  kelak  dengan


                        budi pekerti dan akhlak yang terpuji.




                        In  shaa  Allah  bersama  barisan  kepimpinan,  MGBPM  akan  bergerak  dalam  satu  pasukan  untuk  membuat  satu


                        perubahan terbaik dalam memperkasakan tugas,peranan dan tanggungjawab

                        MGB daerah sepertimana digariskan dalam perlembagaan MGBPM.

                        Saya bermohon semua ahli berganding bahu agar MGBPM terus mekar dan ‘independent’ dan ianya boleh menjadi


                        naungan kepada kita semua.





                        Akhir kata,kita selalu laungkan MGBPM milik bersama,kerana itu ayuh kita  zahirkan,realitikan kata-kata ini dengan

                        amalan dan praktikalnya..MGBPM akan menjadi satu organisasi tidak bermaya dan tidak berdaya saing  jika TIADA


                        kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan serta ketidakakuran kepada peraturan oleh ahli-ahlinya..




                        Saya sudahi dengan serangkap pantun lama...





                        BERBURU DI PADANG DATAR

                        DAPAT RUSA BEBELANG KAKI


                        BERGURU KEPALANG AJAR

                        BAGAI BUNGA KEMBANG TAKJADI..





                        Sekian,terima kasih,wassalam wbt.








                        (HJ MD DAUD BIN AWANG)


                        Pengerusi MGBPM21/24
   1   2   3   4   5   6   7