Page 11 - Mini Konvensyen Projek Kualiti Pergigian Negeri Kedah Tahun 2024
P. 11

KATEGORI INOVASI





                    (PROSES)





                                                                                                                                   Naib

                                                                                                                                  Johan


          Kytelograft


          e- Katalog Promosi











           PENGENALAN:

           Proses  permohonan  dan  pemilihan  bahan/peralatan  promosimemerlukan  kehadiran  ke  Pusat  Promosi

           Kesihatan  Pergigian  Komuniti  (PPKPK)  beberapa  kali  terutamanya  kepada  pengguna/peminjam  baharu
           kerana perlu melihatsendiri fizikal bahan/peralatan yang diperlukan.




           PENJELASAN KATEGORI INOVASI:
           Satu  proses  kerja  yang  baru  iaitu  KytelogCraft  (e-Katalog  Promosi)  dihasilkan  bagi  memudahkan

           pengguna/peminjam  untuk  memohon  dan  memilih  bahan/peralatan  promosi  yang  diperlukan  bagi
           melaksanakan aktiviti promosi kesihatan pergigian.




           MASALAH SEBELUM PROJEK INOVASI:
           Proses  permohonan  dan  pemilihan  bahan/peralatan  promosi  yang  mengambil  masa  yang  lama  serta

           kesukaran memilih bahan promosi akibat ketiadaan bahan/peralatan promosi semasa prosespermohonan.



           KEADAAN SEBELUM INOVASI:

           Pengguna/peminjam  perlu  mendapatkan  temujanji  bersama  staf  PPKPK,  kemudian  perlu  hadir  ke
           PPKPKsemata-mata untuk memohon dan memilih bahan/peralatan promosi yang diperlukan. Seterusnya

           pulang  dahulu  dan  mendapatkan  semula  tarikh  temujanji  bersama  staf  PPKPK  untuk  mengambil

           bahan/peralatan promosi beberapa hari sebelum aktiviti promosi kesihatan pergigian dijalankan.



           PENERANGAN PROJEK INOVASI:

           Proses permohonan ini dipendekkan dan dimudahkan dengan menghasilkan inovasi yang canggih, kreatif
           dan  mesra  pelanggan  iaitu  KytelogCraft.  Penghasilan  kytelogCraft  initidak  memberi  sebarng  implikasi

           kewangan kepada jabatan memandangkan aplikasi Kyte boleh digunakan secara dan mempunyai ciri-ciri
           seperti  capaian  mudah  melalui  telefon,  katalog  dalam  talian  (online  catalogue)  dan  boleh  menghasilkan

           resit digital.



           KEADAAN SELEPAS INOVASI:

           Permohonan  dan  pemilihan  bahan/peralatan  promosi  dihujung  jari  sahaja  menggunakan  telefon  pintar
           pengalaman  seperti  pembelian  dalam  talian  menggunakan  aplikasi  Shopee,  Tiktokshop,  Lazada  dan  lain

           lain.



           FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI:

           Penjimatan terutamanya kos operasi (bahan api dan cetakan) dan masa (masa perjalanan, masa memilih

           dan  masa  mengisi  borang)  serta  mengikut  peredaran  zaman  ke  arah  melestarikan  digitalisasi
           perkhidmatan.




           ANGGARAN KOS:
           Tiada kos yang diperlukan kerana KytelogCraft menggunapakai pakej aplikasi Kyte tanpa bayaran.









                                                                                                        PKPD Kota Setar


                                                                                                        Dr Shamsuhaili Binti Fazil
                                                                                                        Dr Awathif binti Nor Azan
                                                                                                        Dr Tiow Zhao Qi
                                                                                                        Dr Ku Nur Amira Binti Ku Abdul Shukur
                                                                                                        Dr Farah Hanani Binti Mohd Rashid
                                                                                                        Dr Kavita a/p Gandhi
                                                                                                        Nor Afnie Binti Ghazali
                                                                                                        Atikah Binti Ahmad Fauzi
                                                                                                        Rusnita Binti Ahmad
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16