Page 20 - MANUAL PENGURUSAN KTE SERI LIPIS 2024
P. 20

Manual Pengurusan KTE Seri Lipis                                          2024/Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi


                               BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN TAHUN 202 4
             [RUJUKAN : MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA, PKPSM 2010]

                1.  Dikehendaki  datang  sekurang-kurangnya awal  15 minit  sebelum  persekolahan  bermula dan pulang
                    sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
                2.  Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/ tingkap
                    telah ditutup setelah tamat pesekolahan dan mengambil markah kebersihan dan keceriaan kelas untuk
                    setiap hari bertugas.
                3.  Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama
                    dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan dengan segera dan munasabah jika perlu.
                4.  Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
                5.  Memeriksa kebersihan makanan yang djual di kantin sekolah.
                6.  Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah.
                7.  Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
                8.  Mengawasi murid menepati waktu datang  dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
                9.  Menguruskan hal-hal berkait dengan kehilangan barang-barang.
                10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
                11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit berunifom dan aktiviti-
                    aktiviti lain yang dijalankan.
                12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan
                    dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah;-
                    12.1.  kedatangan murid, guru dan staf sokongan
                    12.2.  murid ponteng, tidak hadir atau sakit
                    12.3.  lawatan-lawatan/ pelawat
                    12.4.  ucapan/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
                    12.5.  laporan hari Isnin ditulis di dalam buku laporan bertugas  mengenai perhimpunan
                13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus
                    kepada pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
                14. Perhimpunan.
                    14.1.  Mengelola persiapan tempat perhimpunan (kerusi guru secukupnya, alat siar raya berfungsi
                           dengan baik, menentukan pengerusi majlis, murid berbaris di dewan pada pukul 7.30 pagi  serta
                           lain-lain yang berkaitan.
                    14.2.  Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
                    14.3.  Memastikan pengawas bersedia untuk menjalankan majlis perhimpunan (pengerusi majlis,
                           bacaan doa, ikrar murid, menaikkan bendera dan mengulas tema mingguan).
                    14.4.  Mencatat laporan bertugas harian dan melaporkan kepada pengetua serta perhimpunan
                           sekolah.
                15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.


                              PROSEDUR MENGURUSKAN RAWATAN PELAJAR YANG SAKIT
                1. Kenal pasti status murid sama ada sakit biasa atau sakit yang serius.
                2. Jika sakit biasa, murid dinasihatkan berada di bilik sakit, jika sakit yang serius, tindakan berikut perlu
                    dibuat
                    ◦ Membawa murid yang memerlukan rawatan ke klinik atau hospital (pergi dan balik)
                    ◦ Memaklumkan kepada pihak sekolah jika murid ditahan di wad
                 3. Hendaklah mengawasi bilik sakit dari semasa ke semasa sekiranya ada murid yang sakit di
                    dalamnya bagi mengelakkan perkara yang tidak  sewajarnya berlaku.
                 4. Semua murid yang mendapat rawatan di hospital/ balik  awal kerana sakit hendaklah direkodkan
                    ke dalam Buku Tugasan Mingguan.



                                                                                                          18
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25