Page 8 - Maulid barokah
P. 8
3. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi
merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika
berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
4. Hafshah binti Umar bin Khatab
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan
suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan
Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
5. Zainab binti Khuzaimah
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud.
Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu
orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan
dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka.
Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
ngajiotata.com AmarSamsuriOfficial suhanamds