Page 10 - SMASH KPKT EBOOK
P. 10

c)    Inovasi Meningkatkan Prestasi Kejuruteraan Jabatan

                     Projek  SMASH  adalah  menepati  tema  “Inovasi  Meningkatkan  Prestasi  Kejuruteraan
               Jabatan”  dalam  aspek  kesiapsiagaan  jentera  operasi  iaitu  memastikan  jentera  selamat
               digunakan  dan  bebas  dari  virus  covid-19  selaras  dengan  Akta  514  Keselamatan  Dan
               Kesihatan Pekerja 1994 dibawah seksyen 4(a) (rujuk Lampiran 2 : Gambar 2.1) dan Akta 342
               Kawalan  Pencegahan  Dan  Pengawalan  Penyakit  Berjangkit  1988  pindaan  tahun  2020
               dibawah seksyen 18 (rujuk Lampiran 2 : Gambar 2.2)

                     d)    Kaitan Dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa

                     Dunia  termasuk  Malaysia  kini  sedang  menghadapi  pandemik  Covid-19  yang  mudah
               berjangkit  dan  mengorbankan  banyak  nyawa.  Disiplin  ekosistem  dalam  keadaan  terkawal
               dengan SOP tertentu sangat diperlukan untuk melandaikannya. Selain daripada pematuhan
               pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang telah diamalkan, kaedah sanitasi pada
               peralatan,  ruang  dan  persekitaran  terutamanya  yang  telah  digunakan  oleh  mereka  yang
               dijangkiti virus juga menjadi amalan yang sangat penting untuk dilaksanakan.
                     Sanitasi menjadi tugas rutin penting bagi semua penduduk dunia. Namun ianya akan
               memakan masa, memerlukan kos, menjejaskan produktiviti dan mengundang pelbagai risiko
               kepada pelakunya. Justeru itu, projek ini amat sesuai untuk dilaksanakan untuk menawarkan
               alternatif  penyelesaian  yang  unik,  kos  efektif  dan  menghalang  berlaku  risiko  terutamanya
               jangkitan virus Covid-19.

               [Empathy – Empati]

                     e)    Pembuktian Melalui Analisis (bagi tujuan penyelesaian) dan Ujicuba

                     KIK  Primer  STARPARK  mengunakan  kaedah  Design  Thinking  bagi  tujuan
               penyelesaian, ujicuba dan menghasilan inovasi projek.
                     Tumpuan  projek  KIK  STARPARK  adalah  kepada  proses  sanitasi  di  dalam  ruang
               dalaman melibatkan 3 buah jentera dan 2 buah kenderaan utiliti BBP Setapak. Seramai 5
               orang ahli pasukan operasi diketahui telah dijangkiti Covid-19 kerana melaksanakan tugas ini
               pada tahun 2020. Setiap hari,5 buah kenderaan  perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua (2)
               kali  atau  setiap  kali  selesai  digunakan  dengan  cara  semburan  oleh  seorang  (1)  petugas
               menggunakan knapsack memakan masa selama satu (1) jam.  Kos sehari sanitasi berjumlah
               RM165.40 seperti dijelaskan dalam Rajah 2. BBP Setapak berbelanja sebanyak RM4,962.00
               untuk sanitasi setiap bulan.

               Rajah 2: Kos Sanitasi Kenderaan BBP Setapak Sehari






















                                                            4
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15