Page 20 - SMASH KPKT EBOOK
P. 20

(iv) Meningkatkan imej JBPM khususnya dan Negara secara amnya dari segi program sanitasi
               awam,  dan;  (v)  Menjadikan  kenderaan  bomba  menjadi  salah  satu  smart  vehicle  yang
               mempunyai sistem internet  (vi) Merealisasikan matlamat “Wawasan Kemakmuran Bersama
               2030” (vii) Kearah mencapai negara maju seiring dengan perkembangan teknologi. (Rujuk
               Lampiran 5, Gambar 5.1 sehingga Gambar 5.1 (vii).
                     Bagi memastikan impak jangka panjang dengan penggunaannya, setiap jentera BBP
               Setapak  dibekalkan  SMASH  dan  disenaraikan  dalam  senarai  peralatan  jentera  untuk
               dipastikan ada, berfungsi dan digunakan untuk sanitasi, apabila diperlukan.

                     b)    Impak Projek (Hasil Luar Jangka)

                     Dalam konteks hasil luar jangka, didapati bahawa SMASH bersifat mudah alih dan boleh
               digunakan di pelbagai tempat atau lokasi. Fungsi SMASH juga dapat dipelbagaikan dengan
               menggunakan  cecair  kimia  yang  sesuai  mengikut  kegunaan.  SMASH  boleh  digunakan  di
               dalam bangunan kediaman, komersial, pejabat, institusi, kenderaan dan lain-lain.
                     Selain itu, projek SMASH (i) Dapat mengoptimumkan penggunaan telefon pintar dengan
               kewujudan aplikasi yang dapat membendung covid-19; (ii) Mendidik masyarakat dalam aspek
               dalam  aspek  kawalan  kendiri  dengan  menggunakan  kaedah  sanitasi;  (iii)  Membantu
               meningkatkan  ekonomi  negara  apabila  covid  dapat  dibendung;  (iv)  Dapat  mewujudkan
               semula peluang pekerjaan kepada masyarakat; (v) Menjadikan Malaysia ke arah Smart City
               selaras dengan penggunaan teknologi terkini; (vi) Menggurangkan kos kerajaan dalam aspek
               merawat mangsa covid-19.

                     c)      Pembuktian Melalui Data Rasmi

                     Pembuktian outcome projek luar jangka boleh dirujuk melalui data dan sumber rasmi
               dipersembahkan  dalam  laporan  ini  dan  lampirannya  (Lampiran  5,  Gambar  5.2  sehingga
               Gambar 5.2 (vi).

               6.    POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

                     a)    Tahap Ketersediaan Teknologi/ Sistem/ Proses

                     Tahap ketersediaan inovasi SMASH adalah amat tinggi kerana; (i) Kos peralatan yang
               berpatutan dan mampu milik; (ii) Menggunakan peralatan eletronik yang sedia ada di pasaran
               dimana  proses  pembaikan  atau  penyelenggaraan  mudah  dilaksanakan;  (iii)  Penggunaan
               SMASH  tidak  memerlukan  pengubahsuaian  pada  semua  kenderaan  bomba;  (iv)  SMASH
               boleh digunakan di mana-mana sahaja lokasi atau tempat kerana bersifat mudah alih; (v)
               SMASH boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan tujuan; (vi) Saiz SMASH yang kecil dan
               ringan  tidak  akan  membebankan  pengguna;  (vii)  Penggunaan  SMASH  adalah  mesra
               pengguna iaitu mudah dioperasikan. (Rujuk Lampiran 5, Rajah 5.2).

                     b)    Tahap Replikasi/ Pengkomersialan (ROI) – Penyeragaman & Pemantauan

                     SMASH  bernilai  komersial  yang  tinggi  untuk  dijual  kepada  sesiapa  sahaja  kepada
               sesiapa yang memerlukan. Bukan sahaja untuk operasi kebombaan dan penyelamatan malah
               berguna kepada masyarakat yang mahu mewujudkan suasana persekitaran yang selamat
               daripada ancaman virus yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
                     KIK STARPARK telah mereplikasi dan ditawarkan dengan harga RM200.00 seunit serta
               dalam proses pengilang untuk tujuan komersial. R.O.I SMASH yang terjual adalah sebanyak
               42% dengan keuntungan bersih sebanyak RM600.00.



                                                           14
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25