Page 10 - SMASH KPKT 2021
P. 10
c) Inovasi Meningkatkan Prestasi Kejuruteraan Jabatan
Projek SMASH adalah menepati tema “Inovasi Meningkatkan Prestasi Kejuruteraan
Jabatan” dalam aspek kesiapsiagaan jentera operasi iaitu memastikan jentera selamat
digunakan dan bebas dari virus covid-19 selaras dengan Akta 514 Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerja 1994 dibawah seksyen 4(a) (rujuk Lampiran 2 : Gambar 2.1) dan Akta 342
Kawalan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pindaan tahun 2020
dibawah seksyen 18 (rujuk Lampiran 2 : Gambar 2.2)
d) Kaitan Dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa
Dunia termasuk Malaysia kini sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang mudah
berjangkit dan mengorbankan banyak nyawa. Disiplin ekosistem dalam keadaan terkawal
dengan SOP tertentu sangat diperlukan untuk melandaikannya. Selain daripada pematuhan
pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang telah diamalkan, kaedah sanitasi pada
peralatan, ruang dan persekitaran terutamanya yang telah digunakan oleh mereka yang
dijangkiti virus juga menjadi amalan yang sangat penting untuk dilaksanakan.
Sanitasi menjadi tugas rutin penting bagi semua penduduk dunia. Namun ianya akan
memakan masa, memerlukan kos, menjejaskan produktiviti dan mengundang pelbagai risiko
kepada pelakunya. Justeru itu, projek ini amat sesuai untuk dilaksanakan untuk menawarkan
alternatif penyelesaian yang unik, kos efektif dan menghalang berlaku risiko terutamanya
jangkitan virus Covid-19.
[Empathy – Empati]
e) Pembuktian Melalui Analisis (bagi tujuan penyelesaian) dan Ujicuba
KIK Primer STARPARK mengunakan kaedah Design Thinking bagi tujuan
penyelesaian, ujicuba dan menghasilan inovasi projek.
Tumpuan projek KIK STARPARK adalah kepada proses sanitasi di dalam ruang
dalaman melibatkan 3 buah jentera dan 2 buah kenderaan utiliti BBP Setapak. Seramai 5
orang ahli pasukan operasi diketahui telah dijangkiti Covid-19 kerana melaksanakan tugas ini
pada tahun 2020. Setiap hari,5 buah kenderaan perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua (2)
kali atau setiap kali selesai digunakan dengan cara semburan oleh seorang (1) petugas
menggunakan knapsack memakan masa selama satu (1) jam. Kos sehari sanitasi berjumlah
RM165.40 seperti dijelaskan dalam Rajah 2. BBP Setapak berbelanja sebanyak RM4,962.00
untuk sanitasi setiap bulan.
Rajah 2: Kos Sanitasi Kenderaan BBP Setapak Sehari
4