Page 20 - SMASH KPKT 2021
P. 20
bidang ekonomi melalui penglibatan sektor-sektor swasta berkaitan telekomunikasi;
(iv) Meningkatkan imej JBPM khususnya dan Negara secara amnya dari segi program sanitasi
awam, dan; (v) Menjadikan kenderaan bomba menjadi salah satu smart vehicle yang
mempunyai sistem internet (vi) Merealisasikan matlamat “Wawasan Kemakmuran Bersama
2030” (vii) Kearah mencapai negara maju seiring dengan perkembangan teknologi. (Rujuk
Lampiran 5, Gambar 5.1 sehingga Gambar 5.1 (vii).
Bagi memastikan impak jangka panjang dengan penggunaannya, setiap jentera BBP
Setapak dibekalkan SMASH dan disenaraikan dalam senarai peralatan jentera untuk
dipastikan ada, berfungsi dan digunakan untuk sanitasi, apabila diperlukan.
b) Impak Projek (Hasil Luar Jangka)
Dalam konteks hasil luar jangka, didapati bahawa SMASH bersifat mudah alih dan boleh
digunakan di pelbagai tempat atau lokasi. Fungsi SMASH juga dapat dipelbagaikan dengan
menggunakan cecair kimia yang sesuai mengikut kegunaan. SMASH boleh digunakan di
dalam bangunan kediaman, komersial, pejabat, institusi, kenderaan dan lain-lain.
Selain itu, projek SMASH (i) Dapat mengoptimumkan penggunaan telefon pintar dengan
kewujudan aplikasi yang dapat membendung covid-19; (ii) Mendidik masyarakat dalam aspek
dalam aspek kawalan kendiri dengan menggunakan kaedah sanitasi; (iii) Membantu
meningkatkan ekonomi negara apabila covid dapat dibendung; (iv) Dapat mewujudkan
semula peluang pekerjaan kepada masyarakat; (v) Menjadikan Malaysia ke arah Smart City
selaras dengan penggunaan teknologi terkini; (vi) Menggurangkan kos kerajaan dalam aspek
merawat mangsa covid-19.
c) Pembuktian Melalui Data Rasmi
Pembuktian outcome projek luar jangka boleh dirujuk melalui data dan sumber rasmi
dipersembahkan dalam laporan ini dan lampirannya (Lampiran 5, Gambar 5.2 sehingga
Gambar 5.2 (vi).
6. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
a) Tahap Ketersediaan Teknologi/ Sistem/ Proses
Tahap ketersediaan inovasi SMASH adalah amat tinggi kerana; (i) Kos peralatan yang
berpatutan dan mampu milik; (ii) Menggunakan peralatan eletronik yang sedia ada di pasaran
dimana proses pembaikan atau penyelenggaraan mudah dilaksanakan; (iii) Penggunaan
SMASH tidak memerlukan pengubahsuaian pada semua kenderaan bomba; (iv) SMASH
boleh digunakan di mana-mana sahaja lokasi atau tempat kerana bersifat mudah alih; (v)
SMASH boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan tujuan; (vi) Saiz SMASH yang kecil dan
ringan tidak akan membebankan pengguna; (vii) Penggunaan SMASH adalah mesra
pengguna iaitu mudah dioperasikan. (Rujuk Lampiran 5, Rajah 5.2).
b) Tahap Replikasi/ Pengkomersialan (ROI) – Penyeragaman & Pemantauan
SMASH bernilai komersial yang tinggi untuk dijual kepada sesiapa sahaja kepada
sesiapa yang memerlukan. Bukan sahaja untuk operasi kebombaan dan penyelamatan malah
berguna kepada masyarakat yang mahu mewujudkan suasana persekitaran yang selamat
daripada ancaman virus yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
KIK STARPARK telah mereplikasi dan ditawarkan dengan harga RM200.00 seunit serta
dalam proses pengilang untuk tujuan komersial. R.O.I SMASH yang terjual adalah sebanyak
42% dengan keuntungan bersih sebanyak RM600.00.
14