Page 18 - ISHFA KPKT terBAIK DR LADANG
P. 18
d) Perakuan Daripada Pihak Bertauliah/Pihak Berkuasa
Keberhasilan ISHFA telah diakui sendiri oleh Persatuan Penduduk Perumahan Rakyat
Desa Rejang, Persatuan Penduduk Perumahan Rakyat Kampung Baru Air Panas dan Flat
Danau Kota selepas pemasangan di lakukan.
Usaha KIK One Step adalah selaras dengan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (AKTA
341) Seksyen 2 ‘Kelengkapan menentang kebakaran atau Pepasangan Keselamatan
Kebakaran’ (b) memberi amaran tentang sesuatu kebakaran; (g) mengadakan jalan keluar
yang cukup dan selamat untuk tujuan pengungsian atau pengeluaran penghuni-penghuni
sekiranya berlaku kebakaran seperti di lampiran 6 dan merujuk kepada Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam 1984 selaras dengan Bahagian VII perkara 133,225,237 dan 239 di
lampiran 7.
Action
Penyeragaman Projek
Kuarters Bomba Dan Penyelamat Setapak telah memasang dan menggunakan ISHFA
pada April 2021 sebagai langkah penyeragaman.
Serentak dengan penggunaan ISHFA di Kuarters Bomba Dan Penyelamat Wangsa
Maju Kuala Lumpur pada 27 April 2021, serta di Kuarters Bomba Cheras Kuala Lumpur 28
April 2021. Pengarah JBPM Wilayah persekutuan Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat
mengarahkan pemasangan ISHFA Di Kuarters JBPM sekitar Kuala Lumpur secara
berperingkat dan kemudian meluluskan SOP ISHFA pada 5 April 2021 seperti di lampiran
13.
Pengembangan Projek
Sehubungan dengan itu, pengembangan projek telah dilaksanakan di Perumahan
Rakyat Desa Rejang pada 25 Mei 2021, Perumahan Rakyat Kampung Baru Air Panas dan
Flat Danau Kota pada 02 Jun 2021 seperti dalam gambar 2, yang merupakan sasaran utama
kepada objektif projek ISHFA ini.
11