Page 8 - ISHFA KPKT terBAIK DR LADANG
P. 8
Tajuk : Intelligent Smart Home Fire Alarm (Ishfa)
Bidang dan Kategori : Sosial / Penciptaan
RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK
Intelligent Smart Home Fire Alarm (ISHFA)’ telah dibangunkan pada 1 Oktober
2020. Isu kebakaran rumah dan premis/bangunan sehingga menyebabkan mangsa
terperangkap semakin membimbangkan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Hal ini
disebabkan laluan keluar tidak ditemui oleh mangsa semasa berlakunya kebakaran. Jika
diteliti dengan lebih mendalam, komunikasi dan sistem pepasang keselamatan kebakaran di
rumah perlu dinaik taraf secara automatik bagi memastikan proses penyampaian maklumat
bagi pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertindak lebih awal dalam
mengelakkan dari berlakunya insiden kehilangan nyawa dan harta benda.
Isu ini merupakan cetusan idea KIK One Step untuk membangunkan projek inovasi
ISHFA ini. Projek ini adalah selaras dengan Akta Perhidmatan Bomba 1988 dan juga Undang-
undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL). Ia berfungsi untuk memberi isyarat awal
secara automatik kepada pengguna melalui sistem aplikasi telefon pintar dan bilik kawalan
balai sekiranya berlakunya kecemasan kebakaran tanpa memerlukan pihak lain membuat
panggilan kecemasan melalui telefon. Dalam masa yang sama juga, ISHFA akan
mengaktifkan agen pemadam secara automatik dalam memastikan mangsa dapat
menyelamatkan diri sekaligus mengurangkan risiko kemerebakan api.
Inovasi ISHFA mengaplikasikan teknologi terkini seiring visi JBPM dan KPKT, selaras
dengan perkembangan industri 4.0 yang melibatkan Internet Of Things (IOT) dalam aspek
kehidupan seharian dalam mensasarkan kesejahteraan rakyat. Sejajar dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang dilancarkan di KLCC pada 5 Oktober 2019, ISHFA
salah satu titik tolak permulaan jaminan keselamatan di rumah, premis/bangunan di sekitar
Kuala Lumpur dengan menggunapakai kejuruteraan teknologi dan telefon pintar. ISHFA ini
juga merupakan salah satu hasil daripada inisiatif pembudayaan dan pemerkasaan inovasi
sejajar dengan Agenda dan Matlamat Nasional dalam RMK-12,2021-2025 di dalam aspek
perkongsian sosial iaitu pengukuhan jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan
kesejahteraan rakyat melalui peningkatan mutu perkhidmatan di mana ISHFA berpotensi
mengurangkan risiko mangsa yang ternilai harganya dari terperangkap di dalam kebakaran
atau kecemasan.
1