Page 26 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 26
hak milik seramai 2000 murid dengan talian akses percuma selama 6 bulan dan tusyien secara
percuma sebanyak 10 subjek.
1.7 Pengerusi memaklumkan pemilihan jawatankuasa MPSM yang baharu akan diadakan dalam
mesyuarat agung pada kali ini.
2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KE-58
2.1 YM Raja Norazam binti Raja Saleh, SUK MPSM Kebangsaan membentangkan minit mesyuarat
agung kali ke-58, 2019. Laporan tahunan 2019 disediakan dalam dua jilid iaitu jilid 1 bagi tahun
2019 dan jilid 2 bagi tahun 2020.
2.2 Minit mesyuarat ke-58 terkandung di jilid 1 bermula muka surat 11 hingga muka surat 36. Minit
ini juga terkandung dalam jilid kedua untuk memudahkan para perwakilan merujuk laporan yang
dibentangkan.
2.3 En. Ismail bin Ibrahim, YDP MPSM Perak mencadangkan minit diterima. Tn. Hj Ismail bin Abdullah
dari MPSM Labuan menyokong cadangan supaya minit mesyuarat kali ke-58 diterima.
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI MPSM KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SESI
3.1 YM Raja Norazam binti Raja Saleh, SUK MPSM Kebangsaan membentangkan laporan aktiviti
MPSM Kebangsaan dan MPSM Negeri pada jilid 1 bermula muka surat 38 hingga muka surat 103.
Laporan bagi tahun 2020 pula, terkandung dalam jilid kedua muka surat 41 hingga muka surat
120.
3.2 En. Kamsah @ Kamal bin Mohamed, SUK MPSM Terengganu mencadangkan laporan aktiviti
diterima. En. Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad, SUK MPSM Pulau Pinang menyokong laporan
aktiviti MPSM Kebangsaan dan MPSM Negeri diterima.
4.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31
DISEMBER 2019 JILID 1 DAN 31 DISEMBER 2020 JILID 2
4.1 Pn. Zainap binti Sidek, Bendahari MPSM Kebangsaan membentangkan penyata kewangan di muka
surat 105 – 107 yang terdapat di jilid 1. Manakala, laporan kewangan berakhir 31 Disember 2020
pula berada di muka surat 122 – 124 pada jilid kedua.
4.2 Wan Jamaludin Bin Wan Bidin dari MPSM Kuala Lumpur bertanya tentang status modal awal
penubuhan koperasi RM120 ribu pada 2019 dan RM44 ribu pada 2020. Adakah status modal awal
tersebut dikira sumbangan atau dalam bentuk saham? Pengerusi menjelaskan MPSM Kebangsaan
membantu koperasi dalam bentuk pinjaman.
4.3 Pengerusi memaklumkan Koperasi MPSM telah ditubuhkan pada Disember 2019 dan belum
sempat beroperasi dengan sepenuhnya apabila pada Mac 2020 pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid 19 melanda dan aktiviti koperasi MPSM
bergerak agak perlahan.
4.4 Bendahari menjelaskan pinjaman koperasi bagi tahun 2019 telah dibayar semula sebanyak RM14
ribu oleh pihak koperasi setelah selesai urusan penukaran tandatangan. Koperasi MPSM hanya
meminjam modal awal sebanyak RM150 ribu sahaja.
4.5 En. Ea'dil Bin Mat dari MPSM Selangor mencadangkan penyata kewangan bagi tahun 2019 dan
2020 diterima. Pn. Zamnah Hashim dari MPSM Melaka menyokong cadangan penyata kewangan
2019 dan 2020 diterima.
5.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL
5.1 Usul daripada MPSM Pulau Pinang berkaitan penempatan jawatan juruteknik komputer di
sekolah-sekolah iaitu perjawatan F19 dan F29. Isunya, jawatan ini ditempatkan di JPN dan PPD
14