Page 3 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 3
KATA ALU-ALUAN
PRESIDEN
MAJLIS PENGETUA
SEKOLAH MALAYSIA
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis
Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kebangsaan atas
usaha menyiapkan dan menerbitkan buku Laporan MPSM Tahun 2022 yang banyak
mengandungi maklumat aktiviti di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri.
Pendemik Covid 19 yang melanda negara kita amat memberi kesan kepada negara
khususnya kepada sistem pendidikan di dalam meneruskan agenda pemerkasaan
pendidikan demi kemenjadian murid di masa akan datang. Walau bagaimana pun
sebagai pemimpin sekolah sewajarnya melaksanakan tanggungjawab sejajar
dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutama SOP Operasi
Sekolah bagi menjamin kelestarian pendidikan di miliki oleh murid-murid di sekolah.
Pada tahun 2022 MPSM telah membuat transformasi pengurusan aktiviti-aktiviti
bermula di peringkat Kebangsaan sehinggalah di daerah bagi memastikan sistem
penyampaian dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Dengan wujudnya jabatan-
jabatan di dalam fungsi Jawatankuasa di harapkan dapat kita melihat peranan dan
tugas dapat dijalankan dengan cemerlang iaitu Jabatan Kajian Dasar,Jabatan Media
dan Komunikasi, Jabatan Profesionalisme dan Pengantarabangsaan dan Jabatan
Ekonomi dan Kebajikan Ahli.
Saya berharap dengan transformasi ini dapat membantu semua pengetua
menjalankan tugas dengan sebaiknya malahan dapat membantu KPM bagi
menjadikan sistem pendidikan di Malaysia yang terbaik di dunia.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas MPSM Kebangsaan kerana telah
berjaya melaksana tanggungjawab diamanahkan dalam merangka aktiviti yang
menjadi rujukan kepada kepimpinan sekolah di seluruh negara
Sekian, Terima kasih