Page 169 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 169
USUL-USUL UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT
AGUNG KALI PERTAMA TAHUN 2022
BIL USUL
1 Pembawa Usul : MPSM Pulau Pinang
1. Mencadangkan Pengetua tidak lagi diwajib mengajar mata pelajaran sekurang2nya 7
waktu seminggu, kerana Pengetua perlu terlibat dalam penyeliaan PdPc guru-guru dan
penilaian PBPPP serta kerja pentadbiran yang lain Mrncadangkan
2. Mencadangkan gred jawatan Pengetua disekolah menengah dinaikkan ke gred hakiki
DG56.
3. Mencadangkan agar semua perjawatan di KPM diwajib pernah menyandang jawatan
Pengetua sekurang2nya untuk tempoh 2 tahun sebelum dinaikkan ke gred jawatan2
pentadbiran yang lain
4. Pengetua tidak perlu mengajar dan perlu melakukan penyeliaan dan penilaian secara
berterusan berdasarkan SKPMg2.
5. Memohon kpm menilai semula jenis – jenis pertandingan yang dibenarkan untuk disertai
oleh murid yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal atau kesihatan dalaman seperti
muay thai.
6. Pihak kerajaan mengganti bayaran sewa kantin sekolah yang telah dikecualikan kepada
pengusaha
7. Semua pengetua sekolah berasrama diberikan elaun khas.
2 Pembawa Usul : MPSM Kelantan
1. Mencukupkan guru opsyen bahasa inggeris di kelantan
2. Semua pengetua dibekalkan Kad Kenal Diri Pengetua yg berkualiti dan seragam seluruh
negara yg dipakai sepanjang tugas.
3 Pembawa Usul : MPSM Selangor
1. Mencadangkan supaya KPM khususnya BLTV untuk melihat semula program PIMA
(Program Industri Menengah Atas) kerana program ini sangat baik dan memberi menafaat
kepada pelajar khususnya kpd pelajar luar bandar dan golongan B40.
Mohon BLTV membuat jerayawara kpd pengetua-pengetua sekolah yg akan melaksanakan
program ini.
2. Mencadangkan agar mewujudkan DG56 khas utk jawatan pengetua.
5 Pembawa Usul : MPSM Negeri Sembilan
Mencadangkan agar pelaksanaan peperiksaan SPM dibuat dalam sistem semester bermula
daripada Tingkatan 4. Hal ini kerana apa yg dilalui oleh calon SPM sedia ada adalah sangat
membebankan dengan mempelajari isi pelajaran dan kemahiran selama hampir 2 tahun