Page 26 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 26

hak milik seramai 2000 murid dengan talian akses percuma selama 6 bulan dan  tusyien secara
                       percuma sebanyak 10 subjek.
                   1.7 Pengerusi  memaklumkan  pemilihan  jawatankuasa  MPSM  yang  baharu  akan  diadakan  dalam
                       mesyuarat agung pada kali ini.

               2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KE-58
                   2.1 YM Raja Norazam binti Raja Saleh, SUK MPSM Kebangsaan membentangkan minit mesyuarat
                       agung kali ke-58, 2019. Laporan tahunan 2019 disediakan dalam dua jilid iaitu jilid 1 bagi tahun
                       2019 dan jilid 2 bagi tahun 2020.
                   2.2 Minit mesyuarat ke-58 terkandung di jilid 1 bermula muka surat 11 hingga muka surat 36. Minit
                       ini juga terkandung dalam jilid kedua untuk memudahkan para perwakilan merujuk laporan yang
                       dibentangkan.
                   2.3 En. Ismail bin Ibrahim, YDP MPSM Perak mencadangkan minit diterima. Tn. Hj Ismail bin Abdullah
                       dari MPSM Labuan menyokong cadangan supaya minit mesyuarat kali ke-58 diterima.

               3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI MPSM KEBANGSAAN DAN NEGERI BAGI SESI
                   3.1 YM  Raja  Norazam  binti  Raja  Saleh,  SUK  MPSM  Kebangsaan  membentangkan  laporan  aktiviti
                       MPSM Kebangsaan dan MPSM Negeri pada jilid 1 bermula muka surat 38 hingga muka surat 103.
                       Laporan bagi tahun 2020 pula,  terkandung dalam jilid kedua muka surat 41 hingga muka surat
                       120.
                   3.2 En.  Kamsah  @  Kamal  bin  Mohamed,  SUK  MPSM  Terengganu  mencadangkan  laporan  aktiviti
                       diterima. En. Mohamad Dziauddin Bin Mat Saad, SUK MPSM Pulau Pinang menyokong laporan
                       aktiviti MPSM Kebangsaan dan MPSM Negeri diterima.

               4.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31
                   DISEMBER 2019 JILID 1 DAN 31 DISEMBER 2020 JILID 2
                   4.1 Pn. Zainap binti Sidek, Bendahari MPSM Kebangsaan membentangkan penyata kewangan di muka
                       surat 105 – 107 yang terdapat di jilid 1. Manakala, laporan kewangan berakhir 31 Disember 2020
                       pula berada di muka surat 122 – 124 pada  jilid kedua.
                   4.2 Wan Jamaludin Bin Wan Bidin dari MPSM Kuala Lumpur bertanya tentang status modal awal
                       penubuhan koperasi RM120 ribu pada 2019 dan  RM44 ribu pada 2020. Adakah status modal awal
                       tersebut dikira sumbangan atau dalam bentuk saham? Pengerusi menjelaskan MPSM Kebangsaan
                       membantu koperasi dalam bentuk pinjaman.
                   4.3 Pengerusi  memaklumkan  Koperasi  MPSM  telah  ditubuhkan  pada  Disember  2019  dan  belum
                       sempat beroperasi dengan sepenuhnya apabila pada Mac 2020 pelaksanaan Perintah Kawalan
                       Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid 19 melanda dan aktiviti koperasi MPSM
                       bergerak agak perlahan.
                   4.4 Bendahari menjelaskan pinjaman koperasi bagi tahun 2019 telah dibayar semula sebanyak RM14
                       ribu oleh pihak koperasi setelah selesai urusan penukaran tandatangan.  Koperasi MPSM hanya
                       meminjam modal awal sebanyak RM150 ribu sahaja.
                   4.5 En. Ea'dil Bin Mat dari MPSM Selangor mencadangkan penyata kewangan bagi tahun 2019 dan
                       2020 diterima.  Pn. Zamnah Hashim  dari MPSM Melaka menyokong cadangan penyata kewangan
                       2019 dan 2020 diterima.


               5.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL
                   5.1 Usul  daripada  MPSM  Pulau  Pinang  berkaitan  penempatan  jawatan  juruteknik  komputer  di
                       sekolah-sekolah iaitu perjawatan F19 dan F29. Isunya, jawatan ini ditempatkan di JPN dan PPD

                                                                                                           14
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31