Page 27 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 27

sedangkan perjawatan ini diperjuangkan oleh Majlis Pengetua pada tahun 2000. Hal ini kerana di
                       sekolah ada subjek ASK dan Sains Komputer yang memerlukan juruteknik komputer di sekolah.
                       Tambahan  pula  setiap  sekolah  mempunyai  makmal  komputer  yang  perlu  diuruskan  dan
                       diselenggara  oleh  juruteknik  komputer.  Cadangan  juga,  agar  sesi  akan  datang  wakil  daripada
                       Bahagian Sumber Manusia dijemput sekali dalam mesyuarat ini agar setiap usul didengar secara
                       langsung oleh pihak KPM dan tiada salah tafsiran oleh pihak KPM. Jawatan juruteknik komputer
                       dikekalkan di sekolah secara tetap. Usul ini diterima sebulat suara oleh perwakilan.
                   5.2 Usul daripada En. Azhar bin Awang, MPSM Pahang membawa usul KPM mesti mengambil kira
                       persediaan sekolah dalam pelbagai aspek dan situasi sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau
                       program  baharu.  Contohnya  program  KPMPerkasaKU  dan  program  TS25 yang  berlangsung  di
                       sekolah-sekolah.
                   5.3 Usul MPSM Pahang yang kedua menuntut semasa sesi Libat Urus di KPM, MPSM dan MGBM
                       dilibatkan sebagai rakan elit agar segala isu pengoperasian dapat dibincangkan bersama. Kuota
                       warden 1:50 pelajar adalah terlalu besar. Oleh itu, En. Azhar mencadangkan usul  ratio warden
                       asrama  dikecilkan  kepada  1:30.  Usul  ini  diterima  dan  akan  dibuat  tindak  susul  oleh  MPSM
                       Kebangsaan.
                   5.4 En. Abdul Manaf Bin Asmuni  dari MPSM Perak membawa usul agar penyelenggaraan sepenuhnya
                       oleh KPM terhadap sekolah-sekolah yang berusia melebihi 10 tahun contohnya penyelenggaraan
                       struktur bumbung, pam air, makmal, bengkel dan lain-lain yang menelan belanja yang sangat
                       besar.    Hal  ini  kerana  walaupun  laporan  dalam  sistem  Emis  dilakukan  oleh  Pengetua  namun
                       laporan Emis tidak diambil tindakan segera melainkan laporan kecemasan yang diambil tindakan.
                       Sekolah yang berusia ini juga dicadangkan agar dijadikan sekolah warisan. Usul diterima sebulat
                       suara.
                   5.5 Usul kedua MPSM Perak ialah perjawatan untuk AKP di SABK diperluaskan memandangkan situasi
                       pada hari ini hanya terdapat seorang sahaja Pembantu Tadbir di SABK. Pengisian jawatan AKP
                       (Pembantu  Tadbir)  di  SABK  agar  dipercepatkan  kerana  PT  hanya  seorang  dan  sekiranya
                       pergerakan AKP lambat diisi maka pelbagai kesukaran dihadapi oleh pihak pentadbiran sekolah.
                       Begitu juga dengan pengisian guru sama ada guru akademik atau guru dini. Pergerakan guru tidak
                       diisi dengan segera terutama kelas-kelas peperiksaan terutama guru akademik. Usul diterima oleh
                       semua ahli mesyuarat yang hadir.
                   5.6 Usul ketiga daripada MPSM Perak ialah pengurusan aset sekolah terutama perabot guru di bilik
                       guru dan kelas menggunakan kerusi meja murid. Kemudahan selesa untuk guru perlu disediakan
                       di bilik guru dan bilik darjah. Tiga usul dari MPSM Perak ini akan dibawa dan dibuat tindak susul.
                   5.7 Makluman  YDP  MPSM,  laporan  kerosakan  dalam  emis  merupakan  SOP  yang  perlu  dipatuhi.
                       Cadangan agar emis dijadikan komunikasi dua hala agar status laporan kerosakan dapat diketahui
                       oleh pihak sekolah.

               6.0 PEMILIHAN JK MPSM 2022/2024
                   6.1 Pengerusi sementara yang dilantik sebulat suara ialah En. Mohd. Arifin bin Hj. Ab Rahman.
                   6.2 Cadangan En. Mohamad Ngisa Bin Shaien dari MPSM Selangor agar En. Mohd. Arifin dilantik
                       sebagai YDP MPSM yang baharu telah disokong oleh En. Mohd Azman Bin Mohd Yunos dari MPSM
                       Johor. En. Solahuddin Bin Abd Rahman dari MPSM Negeri Sembilan mencadangkan agar cadangan
                       ditutup dan cadangan disokong sepenuhnya sebulat suara.
                   6.3 YDP MPSM Kebangsaan yang baharu dilantik ialah En. Mohd. Arifin Ab. Rahman.
                   6.4 Wakil dari MPSM Sabah telah mencadangkan NYDP MPSM Kebangsaan ialah En. Mohd. Zainul
                       Arifien bin Mohd. Jaid dan disokong oleh En. Mohd. Rizal Ibrahim dari MPSM Perlis. En. Mohd. Isa
                       bin  Mohd.  Saleh  MPSM  Kedah  mencadangkan  agar  cadangan  ditutup    dan  telah  mendapat
                       sokongan sebulat  suara.

                                                                                                           15
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32