Page 5 - Mesyuarat Agung 1 2022
P. 5

Rujukan Kami  :   MPSM/SU/08/01/002/Jld.5/(54)
                                                           Tarikh        :   11 OKTOBER 2022

                                               NOTIS PEMBERITAHUAN
                Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kali Pertama Tahun 2022


               Semua Pengetua Sekolah Menengah Malaysia

               Tuan,

               NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG MPSM KALI PERTAMA TAHUN 2022

               Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.

               2.      Sukacita  dimaklumkan,  Mesyuarat  Agung  MPSM  Kali  Pertama  Tahun  2022  akan
               diadakan seperti ketetapan berikut:

                       Tarikh:       3 November 2022 (Khamis)
                       Tempat:       Ballroom Bayview
                                     Hotel Bayview, Pusat Bandar Kuah, Langkawi, Kedah
                       Masa:         8.30 pagi hingga 10.00 pagi

               3.      Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

                         i.   Ucapan Presiden
                        ii.   Pembentangan  Perlembagaan  MPSM  yang  diluluskan  Pendaftar
                              Pertubuhan Malaysia
                        iii.   Pemilihan ahli jawatankuasa MPSM
                        iv.   (Pemakluman Minit Mesyuarat Agung MPSM ke-59)**
                         v.   (Pemakluman Laporan Aktiviti MPSM 2021/2022)**
                        vi.   (Pemakluman Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021)**
                        vii.   (Pernyataan usul-usul Tahun 2022)**
                       viii.   Ucapan penangguhan
               4.      Keprihatinan dan kerjasama tuan-puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung tersebut
               amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
               Sekian,

               “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


               Saya yang menjalankan amanah,


               (YM RAJA NORAZAM BINTI RAJA SALLEH)
               Setiausaha Agung MPSM
               s.k     1. Presiden MPSM En Mohd Ariffin bin Haji Ab. Rahman S.A.P.
                       2. YDP MPSM Kedah, En Yazi bin Yusof
               (** sekadar pemakluman sahaja bagi MAT yang lalu)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10