Page 32 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 32
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
3.4 Pemeriksaan selepas Kerja Pembaikan
Setelah kerja pembaikan motor telah selesai dilakukan,
pemeriksaan kecekapan motor perlu dilaksanakan untuk
memastikan motor beroperasi dalam tahap yang optimum
dan selamat. Setiap fasa motor harus diperiksa nilai arus
semasa beroperasi menggunakan meter pengapit atau clamp
meter (klik untuk melihat contoh meter pengapit).
Tujuan arus setiap fasa motor diperiksa adalah untuk
memastikan setiap fasa mempunyai arus yang seimbang
semasa motor beroperasi. Jika salah satu fasa mempunyai
perbezaan arus yang tinggi, perkara tersebut menandakan
gegelung motor yang tidak sempurna dan boleh
mengakibatkan gegelung motor hangus. Tonton video
Youtube di bawah sebagai rujukan cara menggunakan meter
pengapit.
Sumber : Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=Bc_EQea0mKY)