Page 19 - Demo
P. 19
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
KeseJahteraan raKyat
19
Operasi skala penuh 28 Jun
| NURHAUNI LEE ABDULLAH
suarasarawak .news@gmail.com
SIBU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri yang terletak di Kampus Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) akan mula beroperasi secara skala penuh pada 28 Jun ini.
Demikian menurut Penyelaras Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika ditemui selepas meninjau proses percubaan pemvaksinan PPV Industri di kampus tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga UCTS berkata, PPV itu baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19
(CITF).
“PPV ini diketuai oleh Pansar
Berhad dengan menjemput sektor perindustrian untuk mengambil bahagian dalam PPV Industri. Mereka juga bekerjasama dengan Kampus Klinikal SEGi Universiti Sibu sebagai penyedia kakitangan kesihatan.
“Bila beroperasi kelak, proses vaksinasinya dijalankan
di bawah PPV Industri,” jelas beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Dr Annuar berkata,
PPV Industri ini disasarkan memberi 1,000 dos dalam masa sehari.
Menurutnya lagi, dianggarkan kira-kira 14,000 kakitangan swasta akan mendapatkan vaksinasi di
PPV tersebut bermula dari Isnin minggu hadapan.
“Kita akan lakukan sehingga selesai 14,000 orang dan kemudian suntikan dos kedua nanti, kita akan lihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu proses vaksinasi ini,” kata Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu.
Sentiasa jalin kerjasama
MIRI: Petronas Carigali Sdn
Bhd (PCSB) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) dan cecair pensanitasian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri untuk mengekang penularan Covid-19.
Petronas dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,650 pelitup muka, 1,000 sarung tangan, 100 set pakaian perlindungan serta 220 liter cecair pensanitasian disumbangkan kepada JBPM Miri.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Besar Kanan PCSB Sarawak Oil Division, Morris Mail kepada Ketua Bomba Zon 6 Law Poh Kiong di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Jalan Miri.
Menurut Morris, tujuan sumbangan itu untuk menyokong petugas barisan hadapan
yang menjalankan operasi pensanitasian di kawasan
awam dan kemudahan serta tanggungjawab kepada Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).
“Melihat kepada peningkatan kes baru-baru ini, Petronas menyediakan bantuan yang diperlukan kepada petugas pertahanan yang bekerja keras mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya, semalam.
Tambahnya, sebagai sebuah organisasi yang prihatin dan bertanggungjawab, Petronas sentiasa berkerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyediakan sokongan yang diperlukan.
“Keutamaan kita ialah kesihatan dan keselamatan pekerja serta komuniti di sekeliling,” ujarnya.
Sumbangan itu selari dengan inisiatif tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) Petronas, Yayasan Petronas, serta sumbangan kumpulan di seluruh negara dalam menangani wabak Covid-19.
Galak pelajar buat penyelidikan
ANUGERAH CTEX 2020 dijalankan dalam talian.
melibatkan tiga kajian kes dan lapan inovasi.
Dalam pada itu, kumpulan Cakeculator yang terdiri daripada Mohamad Ashraf Zaaba, Goh Si Ying dan Nurul Fathun Nisha yang diselia oleh pensyarah Shatila Shani menang Kategori Kajian Terbaik dan Anugerah Kategori Pembentangan Terbaik.
Manakala, Anugerah Kategori Inovasi Terbaik dimenangi oleh kumpulan E-Count T yang diwakili Khairulnisa Mohamad Yusuf, Nurul Tasmin Abu dan Khairulnisa Abdul Mubarak yang diselia oleh Adi Jaya Adam.
Pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM100, sijil penghargaan dan sekali gus melayakkan mereka ke Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Inovasi (TECHON) 2021.
Bagi kategori inovasi pula,
pemenang menerima wang tunai RM100, sijil penghargaan dan penyertaan ke Pameran dan Pertandingan Inovasi Borneo Antarabangsa (IBIEC) 2021 dan bagi pemenang untuk pembentangan terbaik menerima wang tunai RM100 dan sijil penghargaan.
Pengenalan program CTEX dilaksanakan
pada setiap sesi untuk
pelajar semester lima
bagi pengajian Diploma Pengajian Perniagaan dengan membentangkan kajian kes dan inovasi masing-masing.
Setiap kumpulan diwakili tiga pelajar dan dipantau oleh seorang pensyarah.
Difahamkan CTEX dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pertandingan inovasi dan penyelidikan.
Majlis penutupan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Mohd Sani Said.
MUKAH: Anugerah Pameran Penyelidikan, Inovasi dan Teknologi Perdagangan (CTEX) dalam talian oleh Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) Politeknik
Mukah (PMU) berjalan lancar meskipun masih dalam tempoh pandemik Covid-19.
Pertandingan yang disertai 33 orang pelajar PMU ini berebut tiga anugerah CTEX Sesi Disember 2020 bagi projek
KOTA SAMARAHAN:
Pertubuhan Habitat Indigenous Daerah Untuk Pemulihan (Hidup) diketuai oleh Presidennya, George Young Si Ricord mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram.
Pada pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu berkaitan keselamatan penduduk penduduk dan maklumat berhubung perkembangan terkini Covid-19 setempat.
“Di samping itu juga, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara Hidup dengan polis.
“Pada masa yang sama, George turut memaklumkan objektif Hidup kepada Sudirman, bahawa pertubuhan ini membantu meningkatkan kesedaran keadaan komuniti terpinggir di desa dan bandar,”
kata Hidup tersebut dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dengan kerjasama pihak korporat, pertubuhan ini akan membantu
menyalur bantuan makanan, perubatan dan kebajikan am kepada komuniti sasaran terpinggir itu
Terdahulu, Hidup
menyampaikan sumbangan berbentuk air minuman dan makanan kering, pencuci tangan dan pelitup muka kepada anggota polis.
Eratkan hubungan dengan polis
GEORGE Young menyampaikan sumbangan kepada Sudirman.
19