Page 10 - SVA demo 2
P. 10

10
insurans
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
CHOO HONG WEE
| SARAH HAFIZAH CHANDRA
suarasarawak.news@gmail.com
Pandemik Covid-19 memberi kesan positif kepada industri insurans dan ia dibuktikan dengan peningkatan dalam permintaan terhadap pembelian polisi insurans serta pelan perubatan.
Pengurus Unit Prudential Assurance Malaysia Berhad (Prudential) Cawangan Kuching, Choo Hong Wee berkata, prestasi jualan pasukannya ketika pandemik dilihat sangat memberangsangkan.
Mereka mendapati terdapat peningkatan sebanyak 120 peratus dalam jualan tahun ini berbanding tahun 2020.
“Pandemik Covid-19 terus memberi impak yang ketara kepada industri ini kerana ramai yang sedar akan kepentingan insurans hayat pada tempoh krisis.
“Ramai yang datang kepada pasukan kami secara peribadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan polisi dan terdapat klien yang meminta untuk melihat polisi sedia ada mereka,” jelasnya.
Hong Wee turut menggalakkan individu yang belum membuat pembelian insurans untuk diri sendiri atau ahli keluarga untuk mendapatkan nasihat daripada ejen insurans.
“Polisi insurans ialah telus dengan semua terma dan syarat dinyatakan dengan jelas di dalam dokumen. Malah ia tidak memberi kos kepada pemohon untuk mengetahui dengan lebih lanjut daripada ejen jualan.
“Anda juga tidak perlu membuat keputusan serta-merta pada hari tersebut kerana anda mempunyai peluang untuk mengetahui bagaimana insurans dapat membantu anda dan keluarga,” ujarnya.
Sementara itu, ejen insurans Prudential, Phang Li Siang, 36, memberitahu, pandemik Covid-19
PHANG LI SIANG
membuatkan mereka yang
telah membeli polisi insurans lebih berwaspada dan mahu mengetahui lanjut mengenai polisi masing-masing.
Ada rakan dan ahli keluarga yang belum membeli polisi insurans mula mendekatinya untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.
“Dengan situasi Covid-19 yang semakin serius, pelanggan saya akan menghubungi dan mahu melihat semula polisi insurans yang mereka.
“Kebanyakan mereka
ingin mengetahui sama ada polisi insurans yang dibeli itu menyediakan perlindungan yang mencukupi dan bertanya sama ada kad perubatan turut meliputi Covid-19.
“Pada pandangan saya, polisi insurans menjadi satu keperluan asas untuk masyarakat pada masa ini kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.
“Dalam keadaan perubatan kecemasan yang mungkin memerlukan kos yang tinggi, polisi insurans dapat membantu mengelakkan rasa bimbang dan bebanan kepada orang tersayang,” jelasnya lanjut.
Li Siang mendedahkan, pandemik turut mengubah cara ejen insurans untuk mendekati pelanggan baharu mereka.
Menurutnya, penggunaan pelbagai platform amat berguna dalam membantu mencapai sasaran jualan bulanan.
“Pada awal pandemik,
amat mencabar untuk mencari pelanggan kerana kami selalu menggunakan pendekatan jerayawara dan dari pintu ke pintu.
“Kini, kami menggunakan pelanggan sedia ada untuk membantu bertanya kepada rakan dan ahli keluarga mereka jika berminat mengambil insurans.
DEANDRA FAITH
“Menerusi hantaran maklumat baharu di media sosial juga, kami mampu mendekati klien berpotensi atau mereka yang akan datang kepada kami.
“Pandemik secara langsung membantu kami untuk mencapai sasaran dengan mudah. Saya mampu berjumpa pelanggan baharu dengan menggunakan Zoom yang turut menjimatkan masa serta kos,” tambah Li Siang.
Deandra Faith Dublin
Unting, 20, yang turut menjadi perancang kekayaan Prudential berkata, terdapat keperluan
untuk mewujudkan kesedaran dan memberi pengetahuan tentang konsep insurans serta kelebihannya kepada orang ramai.
Jelasnya, ketika permintaan pasaran untuk polisi insurans semakin tinggi semasa pandemik Covid-19, namun masih terdapat cabaran yang dihadapi oleh ejen insurans.
“Sebagai orang yang masih baharu dalam industri ini, banyak yang perlu saya belajar khususnya mereka yang tidak mahu menerima konsep insurans.
“Insurans bukan salah satu perkara yang mudah untuk dibicarakan atau difikirkan kecuali jika ada kemalangan berlaku,” tegasnya.
Deandra berkata, pandemik menggalakkan banyak syarikat insurans tempatan untuk bertindak cepat mewujudkan kaedah jualan baharu iaitu bersemuka secara maya.
Seperti Li Siang, Deandra menjelaskan ejen insurans boleh mendekati pelanggan berpotensi dalam talian terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Secara peribadinya, saya melihat untuk memastikan pelanggan mendapat perlindungan insurans yang
tepat lebih mencabar berbanding mendapatkan insurans itu sendiri.
“Selalunya saya memerlukan 10 minit untuk berkongsi penyelesaian terhadap kehidupan yang tenang setelah mengetahui pelanggan mendapatkan perlindungan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.
“Bagaimanapun, saya berasakan lebih mudah untuk meningkatkan kesedaran
melalui media sosial mengenai pentingnya melindungi diri sendiri dan dilindungi secara kewangan.
“Kehidupan hari ini sentiasa berubah dan kos hidup semakin mahal termasuk nilai kehidupan itu sendiri,” jelasnya.
Selain itu, salah seorang ejen insurans AXA dari Seiji139 Management Unit Kuching, Siti Rahmah Wan Yusof, 45, mendedahkan pelan kad
perubatan menjadi pilihan utama kerana ia berbaloi.
Ujarnya, pelan kad perubatan sentiasa memberi perlindungan dengan harga yang rendah dan ia satu perkara yang berpatutan.
Walaupun ramai yang kehilangan kerja dan pendapatan semasa pandemik, tetapi
pada masa sama, ramai yang memahami keperluan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
“Satu lagi polisi yang sentiasa menjadi permintaan ialah
insuran hayat atau hibah iaitu takut kehilangan nyawa ketika pandemik ini dan risiko kewangan yang memberi kesan kepada periuk nasi keluarga,” jelasnya.
Siti memberitahu, kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kecenderungan orang ramai membeli polisi insurans.
Tambahnya, kesedaran terhadap keperluan memiliki polisi insurans meningkat dan ini jelas dilihat melalui pertambahan jumlah panggilan dan pertanyaan daripada orang ramai.
“Kami menerima peningkatan daripada jumlah panggilan
dan pertanyaan orang ramai tentang pelan perubatan yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet mereka.
“Orang ramai bukan hanya risau akan peningkatan jumlah kes Covid-19 tetapi juga lambakan pesakit Covid-19 di hospital kerajaan yang diberi keutamaan berbanding perubatan yang lain.
“Oleh itu, kebanyakan masyarakat meminta nasihat mengenai hospital swasta dan mereka sedar ia bukan murah,” ujarnya.
Bagi perancang kekayaan Prudential, Noor Azizah Narani, 28, permintaan terhadap perlindungan perubatan meningkat kerana impak daripada pandemik Covid-19.
Katanya lagi, penting untuk menerima cara yang digunakan pada masa kini agar ia kekal relevan.
“Ramai masyarakat yang mengambil serius mengenai perlindungan ini dan sanggup untuk melabur dengan syarikat insurans.
“Bagaimanapun, saya memahami sekiranya terdapat segelintir bersikap skeptikal terhadap insurans, ia mungkin kerana pengalaman mereka sebelum ini.
“Nasihat saya kepada mereka yang mendapatkan nasihat daripada ejen dan memberitahu tentang kebimbangan anda agar
mereka dapat memahami dengan lebih lanjut serta menyediakan
penyelesaian,” tambahnya.
10
SITI RAHMAH
NOOR AZIZAH NARANI
Covid-19 lonjak kesedaran perlindungan hayat


































































































   8   9   10   11   12