Page 12 - SVA demo 2
P. 12
12
Prasarana
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
Litar lumba di landasan lama
MUKAH: Saya memberi sokongan penuh terhadap cadangan pembinaan litar perlumbaan di tapak lama Lapangan Terbang Mukah, kata Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, Muhamad Tarmizi Karnain Abdah.
Menurutnya, kemudahan tersebut akan membantu mewujudkan warga belia aktif dalam kelab sukan rekreasi
dan sukan permotoran, sekali gus memastikan warga belia tidak terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Adun Balingian, Abdul Yakub Arbi yang menyokong penuh impian golongan belia di Mukah
untuk mempunyai sebuah litar perlumbaan.
Muhamad Tarmizi yang juga Setiausaha Saberkas Cawangan Balingian berkata, lapangan terbang lama tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk aktiviti permotoran malah, tempat rekreasi untuk semua.
DIANA STANISLAUS
12
MUHAMAD TARMIZI KARNAIN ABDAH
“Kawasan tersebut juga sangat sesuai dijadikan lokasi pelancongan melalui penganjuran pelbagai festival.
“Kawasan yang luas memudahkan banyak aktiviti. Jadi, jika ada sesuatu festival diadakan, ia mungkin boleh diadakan setiap tahun dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak,” ujarnya kepada Suara Sarawak.
Muhamad Tarmizi menambah, Pesta Kaul antaranya merupakan antara ikon pelancongan Mukah yang berjaya menarik kehadiran pengunjung luar.
Beliau yang juga Exco Saberkas Negeri Sarawak berpendapat, sebuah jawatankuasa khas harus diwujudkan supaya dapat mengatur langkah dalam menyuarakan idea dan cadangan pembangunan di Mukah.
“Cadangan itu kemudiannya diaju kepada agensi kerajaan dan wakil rakyat,” ujarnya yang turut mendedahkan kertas cadangan
itu masih dalam di peringkat perbincangan.
Setiausaha Pertubuhan Belia Parlimen Mukah Diana Stanislaus pula berkata, cadangan menjadikan landasan lama sebagai satu litar lumba menarik dan harus dilaksanakan.
Menurutnya, Mukah mempunyai banyak kelab permotoran namun tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mempamerkan dan memperkembangkan aktiviti itu.
“Dengan adanya sokongan daripada wakil rakyat di sini, besar harapan kita agar impian ini terlaksana.
“Selepas pandemik ini berakhir, kelab permotoran dapat mengumpulkan kelab dari bahagian lain untuk menjalankan aktiviti di litar tersebut.
“Selain itu, ini membantu menghalang aktiviti perlumbaan haram di sini,” dedahnya.
Terdahulu Abdul Yakub berkata, beliau menyokong penuh impian golongan belia di
Mukah untuk mempunyai sebuah litar perlumbaan kerana Mukah ketika ini, belum ada kemudahan tersebut.
Menurut Abdul Yakub, landasan lapangan terbang lama itu sesuai dijadikan trek perlumbaan.
“Sukan permotoran
satu aktiviti yang sihat jika dilaksanakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Malah perkara tersebut juga pernah dicadangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika sesi dialog umum bersama-sama masyarakat Mukah di Dewan Suarah Mesra Mukah pada 2019.
Pada 16 Jun lalu, Lapangan Terbang Lama Mukah kali terakhir beroperasi menandakan tamat perkhidmatannya lebih puluhan tahun memberi khidmat kepada penduduk di Mukah.
Kini ia digantikan dengan Lapangan Terbang Mukah baharu yang mula beroperasi sejak 17 Jun lalu.
LAPANGAN Terbang Mukah lama tidak lagi digunakan.
Ceramah kepelbagaian bahasa
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan ceramah mengenai hasil kajian kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat majmuk secara maya esok (Sabtu, 26 Jun).
Ceramah yang bertajuk Medium Perantara Pelbagai Suku Kaum di Sarawak: Kajian Lingua Franca itu boleh disaksikan melalui laman Facebook
dan YouTube Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 10 pagi.
Siri ceramah Sarawakian
ini akan disampaikan oleh Dr. Mohammed Azlan Mis dari Program Linguistik, Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lingua franca dalam kajian bermaksud bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain.
Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya ialah bahasa
yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian.
Di Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri.
Pada masa yang sama mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang
menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi.
Pustaka Negeri Sarawak dalam kenyataan semalam, menjemput orang ramai untuk menyaksikan ceramah percuma tersebut dengan mendaftar melalui https:// www.pustaka-sarawak.com/ apps/events/index-event. php?eid=EVE1623742652
Bagi pertanyaan lanjut, hubungi Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@ sarawak.gov.my) atau Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.