Page 2 - SVA demo 2
P. 2
2
Jenayah
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
WAKTU SOLAT NEGERI SARAWAK
Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 ZON 5 ZON 6 ZON 7 ZON 8 ZON KHAS
4:46 4:56 6:11 4:52 5:02 6:17 4:58 5:08 6:22 5:02 5:12 6:27 5:05 5:15 6:30 5:07 5:17 6:31 5:10 5:20 6:34 5:12 5:22 6:36 4:43 4:53 6:08
12:25 3:51 6:36 7:52 12:29 3:55 6:39 7:54 12:33 3:58 6:40 7:56 12:37 4:03 6:45 8:00 12:39 4:05 6:46 8:01 12:40 4:05 6:45 8:01 12:42 4:07 6:47 8:03 12:45 4:10 6:51 8:06 12:22 3:48 6:33 7:49
ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas
ZON 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi, Belaga
ZON 3: Tatau, Kuala Tatau,Sebauh, Bintulu
ZON 4: Igan, Oya, Balingian, Kapit, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Song
ZON 5: Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang, Tanjung Manis
ZON 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
ZON 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
ZON 8: Kuching, Lundu, Bau, Sematan
ZON KHAS: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
Disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sarawak
Samun guna pistol mainan
DITAHAN... Suspek ditahan kerana menyamun kedai kek lapis di Kota Samarahan.
semalam.
Beliau menambah, suspek
juga mengaku di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu pada jam 4.41 petang, 20 Jun lepas.
Katanya, semasa kejadian, suspek memakai topi keledar dan pelitup muka berpura-pura membeli minuman di kedai kek lapis berkenaan.
"Ketika membayar, suspek kemudian mengacukan pistol mainan ke arah juruwang dan mengugut meminta wang.
“Setelah mendapat sejumlah wang, suspek terus beredar menunggang motosikal," katanya.
Sudirman berkata, suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Malah katanya, suspek merupakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang tamat tempoh tahanan di kawasan Bintawa pada 17 April lalu.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki ditangkap selepas menyamun kedai kek lapis di Medan Universiti, di sini dengan bersenjatakan pistol mainan.
Ketua Polis Daerah
Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suspek berusia 24 tahun,
ditangkap pada jam 5.20 petang kelmarin di sebuah motel di Jalan Padungan, Kuching.
"Suspek mengaku melakukan samun seorang diri di kedai kek lapis di Medan Universiti, Kota Samarahan menggunakan pistol mainan yang dibelinya di sebuah kedai runcit di Kuching," katanya
Dua ditahan palsukan tuntutan Musang King
ISMAILI BASMAWI
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kes tuntutan palsu membabitkan pembekalan dan penghantaran 28,806 anak pokok durian Musang King ditahan reman selama empat hari semalam.
Pendaftar Mahkamah Majistret mengarahkan
suspek pertama, seorang pengurus projek sebuah syarikat nurseri berusia
41 tahun bersama-sama seorang pegawai pertanian berusia
46 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 Jun depan.
Kedua-dua suspek
ditahan semalam berhubung kes tuntutan palsu kepada Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak bagi kawasan Dun Lambir membabitkan nilai RM999,973.60 bagi pembekalan dan penghantaran namun tidak dilaksanakan sepenuhnya tetapi pembayaran tuntutan dibuat penuh.
Ketika membuat permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah diberitahu masa diperlukan bagi menyelesaikan siasatan. SPRM juga perlu membuat siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes yang sama.
Suspek pertama, pengurus projek itu diwakili peguam Andy Tan.
2
TAHAN...Kedua-dua suspek berpakaian lokap SPRM berwarna oren diiringi di lobi mahkamah di Kuching, semalam.