Page 10 - Suara Sarawak B
P. 10
24 4
“Menurutnya, penyelesaian lain untuk membantu MSME meningkatkan aliran tunai mereka semasa pandemik ini adalah dengan mempercepatkan suntikan vaksin, petugas barisan hadapan ekonomi.
SELASA • 6 Julai 2021
MANFAATKAN
teknologi digital
KUALA LUMPUR: Persatuan PKS Malaysia menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) untuk mengguna pakai teknologi dan digital dalam usaha memulihkan perniagaan mereka daripada impak pandemik Covid-19.
Presiden, Datuk Michael Kang (gambar) berkata beliau percaya MSME hanya dapat bertahan me- nerusi teknologi dan penggunaan digital dalam usaha mengekalkan perniagaan mereka.
“Saya berpendapat jika MSME tidak mampu untuk mengekalkan dan tidak berdaya saing dalam perniagaan mereka, mereka tidak akan bertahan sama sekali.
Tidak ada cara lain. Ini adalah norma baharu. Jadi kami berharap MSME akan mengguna pakai teknologi dan digital,” katanya pada program Bernama TV ‘’Mid- day Update’’ semalam.
Kang juga menggesa kerajaan untuk memperkenalkan sistem pengesanan bagi pesakit Covid-19 dan kontak rapat untuk mengesan pergerakan golongan berkenaan.
“Sesiapa yang dijangkiti Covid-19 atau merupakan kontak rapat perlu memakai beberapa jenis peranti penjejak. Ia adalah cara mudah untuk mengawal dan memperlahankan jumlah kes COVID-19 supaya MSME dapat bergerak ke hadapan,” katanya.
Menurutnya, penyelesaian
lain untuk membantu MSME meningkatkan aliran tunai mereka semasa pandemik ini adalah dengan mempercepatkan suntikan vaksin petugas barisan hadapan ekonomi, seperti MSME.
“Kita tidak boleh meminta kerajaan memberi lebih banyak wang lagi kerana ada hadnya, dan berapa banyak yang cukup? Biar mereka beroperasi dan mencari aliran tunai sendiri,” katanya.
– Bernama
Kempen jualan Shopee, AirAsia
KUALA LUMPUR: Kempen ‘Shop Malaysia Online’ (SMO) di Shopee kembali untuk tahun kedua bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pulangan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup.
Menurut kenyataannya semalam, Shopee menjelaskan pada tahun lepas, kempen ‘Ringgit-ke-Ringgit’ di Shopee telah dimanfaatkan lebih 2.9 juta pembeli, menjana jualan bernilai lebih RM540 juta bagi 80,000 penjual Malaysia.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho yang mengulas prestasi kempen tahun lepas berkata lebih 2.9 juta rakyat Malaysia meng- gunakan baucar untuk menambah baik kesihatan serta menaik taraf kediaman serta membeli barangan keperluan harian.
“Kempen ini juga mewujudkan pembeli dalam talian baharu yang secara puratanya telah membuat em- pat pembelian tambahan di Shopee dalam tempoh kempen walaupun perintah kawalan pergerakan pada masa itu telah dilonggarkan.
“Data ini menunjukkan selain memberi impak positif kepada kegiatan ekonomi, inisiatif ini telah berjaya memacu digitalisasi,” katanya dalam kenyataan yang sama.
SMO adalah inisiatif e-dagang oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan Malaysia Digital Economy Corp (MDEC) berperanan untuk memacu kempen ini dari sekarang sehingga 31 Dis, 2021.
Sementara itu, Jualan ‘Airasia Super Sale’ juga kembali semula mulai 5 hingga 11 Julai dengan tawaran menarik untuk seluruh warga di Asean.
Menurut kenyataan, AirAsia
menjelaskan warga Asean berpeluang menikmati lebih banyak perkhidmatan menerusi AirAsia Super App dengan tawaran tambahan edagang, produk kewangan dan nilai terbaik untuk perjalanan penting.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo berkata pihaknya gembira dapat memperk- enalkan lagi ‘airasia Super Sale’ dengan pelbagai tawaran terbaik untuk perjalanan penting, pesanan makanan, barangan runcit, produk kecantikan, ujian RT-PCR, produk mesra Muslim serta permohonan kad kredit dan pinjaman peribadi.
“Nikmati lebih banyak tawaran ber- banding jualan tujuh hari kami yang lepas, dengan tawaran istimewa pada hari terpilih bagi produk tertentu pada diskaun tambahan selain tawaran terhad hujung minggu sempena
hari terakhir ‘airasia Super Sale’ ini,” katanya dalam kenyataan. – Bernama
PASARAN
semalam
Laporan Bernama
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh pagi ini berband- ing dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadual berlangsung Khamis ini.
BNM dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 1.75 peratus untuk menyokong ekonomi. Pada 9.03 pagi, unit tempatan meningkat kepada
4.1545/1580 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1650 ketika ditutup pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka agak tinggi
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka agak tinggi pagi ini dengan sentimen pasaran nampak lebih baik selepas lima negeri di dalam negara beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 mata kepada 1,533.59 ber- banding 1,533.35 pada penutupan Jumaat minggu lepas.
Indeks utama dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada 1,534.04.
Niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives din- iagakan lebih rendah pada sesi dagangan awal pagi semalam.
Pada 9.44 pagi, Julai 2021 turun lima mata kepada 1,525.50, Ogos 2021 merosot 3.5 mata kepada 1,524.50, September 2021 jatuh 2.5 mata kepada 1,519.0 dan Disember 2021 lemah 1.5 mata kepada 1,516.0.
Jumlah dagangan 1,383 lot dengan kepentingan terbuka 32,630 kontrak. Indeks penanda aras FBM KLCI merosot 7.01 mata kepada 1,526.34 selepas 44 minit diniagakan.