Page 9 - Suara Sarawak B
P. 9
Ekonomi
ekonomi@suarasarawak.my
KADAR TUKARAN MATA WANG ASING
1 Australia Dolar (AUD) 3.1291 Belian 3.0881 1 Brunei Dolar (BND)
1 China Renminbi (CNY) 0.6429 4.9312 1 Euro (EUR)
100 Indonesia Rupiah (IDR) 0.0287 3.7459 100 Jepun Yen (JPY)
100 Filipina Peso (PHP) 8.4383 3.0881 1 Singapura Dolar (SGD)
1 UK Pound (GBP) 5.7547 4.155 1 AS Dolar (ASD)
(Setakat 5 petang, Isnin – BNM)
SELASA • 6 Julai 2021 • 25 Zulkaedah 1442H
KUCHING: Penyedia perkhidmatan
pengkomputeran awan antarabangsa,
Alibaba Cloud menjalinkan kerjasama
dengan Sarawak Digital Economy
Corporation Bhd (SDEC) untuk memacu
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak ke arah
ekonomi digital. Dalam kenyataan
bersama semalam, kedua-dua pihak menjelaskan mengikut
kerjasama itu
SDEC, syarikat milik kerajaan negeri, akan memanfaatkan perkhidmatan awan
KERJASAMA
Alibaba Cloud-SDEC
Peluang tembusi pasaran antarabangsa
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran mengambil peluang meluaskan perniagaan di peringkat antara- bangsa melalui aktiviti eksport dan pada masa sama memanfaatkan perjanjian perdagangan anta- rabangsa yang ditandatangani Malaysia.
Pengarah Kanan Transformasi dan Perdagangan Digital Per- badanan Pembangunan Perda- gangan Luar Malaysia (Matrade), Amran Yem berkata pasaran Ma- laysia mempunyai 32 juta penduduk dan lebih kecil jika dibandingkan dengan pasaran antarabangsa.
Katanya, ini menyebabkan persaingan antara perniagaan tempatan adalah lebih hebat.
“Jika PKS dan perniagaan tempatan memasuki pasaran antarabangsa, mereka akan bekerjasama antara satu sama
lain untuk memenuhi permintaan syarikat antarabangsa,” katanya semasa ditemu bual dalam segmen
Temubual Radio terbitan Bernama Radio, semalam.
Amran turut menjelaskan bahawa Matrade akan mengan- jurkan Hari Eksport Kebangsaan (eNED@2021), melalui platform digital pada tahun ini bermula 13 hingga 15 Julai depan dan bertema-
kan “Reignite Your Exports”. Beliau turut menegaskan
bahawa PKS dan syarikat tempatan perlu memanfaatkan kemampanan, pendigitalan dan perjanjian perda- gangan bebas seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memasuki pasaran
antarabangsa.
Sementara itu, katanya pro-
gram selama tiga hari itu turut mengetengahkan isu berkaitan keperluan syarikat Malaysia untuk menghadapi tempoh pandemik yang mencabar bagi memulihkan perniagaan eksport mereka.
“Komuniti pengeksport antara yang terkesan sejak Covid-19 melanda negara pada 2020. Oleh itu, kita akan berkongsi maklumat dengan PKS berkenaan e-dagang dan menganjurkan ceramah yang diberikan oleh pakar ekonomi dan sebagainya,” katanya. – Bernama
awam Alibaba Cloud terutama ciri-ciri pengkomputeran elastik, data raya dan kecerdasan buatan.
“Berlandaskan lebih 10 tahun pengalaman dalam transformasi digital dan kepakaran dalam pelbagai industri, Alibaba Cloud juga akan membantu SDEC dari segi penambahbaikan impak
dan capaian inisiatif lebih besar untuk mempercepat pelaksanaan program digitalisasi di Sarawak,” menurut kedua-dua pihak.
Kerjasama tersebut juga akan membolehkan PKS di Sarawak yang ketika ini menggunakan platform awan SDEC iaitu SDeCloud, memilih penyelesaian dan produk Alibaba Cloud, yang merupakan tulang belakang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group.
“Menerusi pemaksimuman teknologi Alibaba Cloud yang telah terbukti, PKS tempatan boleh mencapai kecekapan, fleksibiliti dan kemampuan boleh skala
perniagaan secara lebih baik selain mengoptimumkan kos pengurusan teknologi maklumat,” jelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman (gambar) berkata infrastruktur awan yang kukuh dan set penyelesaian awan awam yang bersifat menyeluruh dimiliki Alibaba Cloud terutama dalam bidang Internet, e-dagang, industri runcit dan teknologi kewangan pasti akan membantu PKS dalam usaha transformasi digital mereka.
“Visi SDEC adalah mempercepat kemakmuran ekonomi menerusi digitalisasi. Kita perlu menyepadukan
usaha ini dengan semua
pihak berkepentingan untuk menyegerakan penerimagunaan digitalisasi dalam kalangan PKS, jadi amat penting untuk kita memilih rakan kongsi perkhidmatan awan yang paling sesuai,” menurutnya.
Sementara itu, Pengurus
Besar Alibaba Cloud Intelligence Malaysia, Jordy Cao berkata pihaknya gembira menjadi rakan kerjasama SDEC dan yakin teknologi pengkomputeran awan yang ditawarkan dapat berperanan sebagai pemangkin inovasi inklusif.
Beliau berkata, dengan disokong teknologi terkini dan komitmen kepada Malaysia, Alibaba Cloud bersedia untuk bekerjasama dengan SDEC bagi mentransformasikan Sarawak dan membawa negeri ini ke tahap lebih tinggi di samping menyokong PKS tempatan dan penduduknya.
“Kerjasama ini diwujudkan tepat pada masanya seiring dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi bernilai tambah tinggi dan pengeksport bersih teknologi dan penyelesaian digital tempatan menjelang akhir dekad ini,” katanya. – Bernama