Page 7 - Suara Sarawak B
P. 7
25 Zulkaedah 1442H
7
SELEBRITI sensasi Britney Spears dilaporkan berkahwin dengan kekasihnya Sam Asghari.
Memetik laporan Astro Gempak, Britney mengambil keputusan tersebut supaya dapat melepaskan diri daripada cengkaman ayah kandungnya sendiri, Jamie Spears.
Sebelum ini, Britney memohon kepada pihak mahkamah agar menggugurkan tuntutan ayahnya sebagai penjaga rasmi.
Ini kerana Britney mendakwa ayahnya
segera KAHWIN menghalang kebebasan diri termasuk
menjalinkan hubungan peribadi serta menghalang mempunyai anak sekiranya kahwin.
Selain itu, Britney menyatakan dirinya seperti hamba abdi kepada ayahnya termasuk mengawal kewangannya sendiri.
Britney juga sempat menyatakan ayahnya memberi bahan terlarang serta dipaksa mendapatkan rawatan sakit mental.
Selain itu, Britney menyatakan dirinya seperti hamba abdi kepada ayahnya termasuk mengawal kewangannya sendiri.
Anak Mia alami masalah
PELAKON Mia Ahmad meluahkan kekesalannya kerana membiarkan anak sulungnya Sayf Issa kerana menonton video YouTube tanpa had.
Memetik laporan mStar, Mia mengakui baharu menyedari perkara ini selepas dimaklumkan oleh cikgunya sendiri.
“Saya menyesal kerana tidak menggunakan waktu itu dengan sebaiknya,” luah Mia.
Tambahnya, dia mengaku tiada pengalaman dalam membesarkan anak.
“Saya mengambil tindakan dengan mengehadkan masa anak saya melihat YouTube,” ujarnya.
Menurut Mia, mula-mula Sayf menangis kerana tidak dibenarkan menonton YouTube pada waktu tertentu.
Bagaimanapun. Sayf mula mengerti dan perkara itu sudah menjadi kebiasaan.