Page 19 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 19
| AINI SELIKANG
laiquangsok@suarasarawak.my
SARIKEI: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa membantu mengenal pasti penduduk di kawasan masing- masing yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah
dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah proaktif itu amat penting bagi memastikan tidak ada penduduk yang tercicir.
Malah katanya, kerjasama pemimpin masyarakat sangat diperlukan bagi memastikan
setiap penduduk yang layak mendapat suntikan tidak terlepas pandang sekali gus mencapai sasaran imuniti kelompok.
“Kita sedang giat melaksanakan program vaksinasi bergerak di seluruh kawasan Dun Kuala Rajang. Saya berharap tidak ada penduduk yang ketinggalan.
"Justeru bagi mengelak perkara itu berlaku, kerjasama pemimpin peringkat akar umbi amat diperlukan,” katanya kepada media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Stalun, semalam.
Stalun merupakan PPV tambahan di Tanjung Manis yang terletak kira-kira satu jam
perjalanan menggunakan bot dari pangkalan jeti Sarikei.
Dalam program selama sehari itu, seramai 158 penduduk menerima suntikan dos pertama melibatkan penghuni rumah panjang di kawasan berkenaan.
Penganjuran program suntikan bergerak itu merupakan salah satu inisiatif penting Kerajaan GPS dalam usaha menyediakan kemudahan kepada penduduk untuk mendapat suntikan vaksin.
Hadir sama Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab; Residen Mukah, Hamdiah Bakir; Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah; Pemanca Morshidi Moris, Penghulu Kalali Klen dan Penghulu Maoh Bohom.
LEN Talif dan Yusuf sempat meninjau PPV di Kampung Stalun, semalam.
Berbakti kepada masyarakat
KemasyaraKatan
Jangan terlepas pandang
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
19
Ujian calitan di pasar basah
MUKAH: Seramai 32 anggota dari Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah menjalankan pengesanan secara aktif (ACD) dan ujian calitan di pasar basah Mukah, semalam.
Aktiviti pengesanan dilakukan berikutan peningkatan kes yang melibatkan peniaga di pasar tersebut baru-baru ini iaitu
terdapat beberapa kes positif dikesan dalam kalangan peniaga. ACD telah bermula sejak Isnin
dan dijangka berakhir semalam melibatkan saringan ke atas 132 peniaga bagi memastikan penularan Covid-19 di kawasan Pasar Basah Mukah dapat dikawal.
Menurut Pegawai Kesihatan
Bahagian Mukah, Dr. Huzaimah Husin, Jabatan Penerangan (JaPen) Mukah, daripada 132 orang tersebut, seramai 115 terlibat untuk ujian calitan RT-PCR.
Berdasarkan tinjuan JaPen di pasar tersebut mendapati para peniaga memberikan kerjasama yang sangat baik kepada petugas kesihatan.
PETUGAS kesihatan Mukah melakukan saringan kepada peniaga Pasar Basah Mukah. | Penerangan
KUCHING: Ditubuhkan
pada April lalu, Persatuan Kebajikan Mahabbah
Kuching (PKMK) terus giat membantu masyarakat
Islam dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan jenazah, perubatan Islam, kaunseling dan menyelaras kelas Fardu Ain.
Pengerusinya Hazri Sait berkata, sekarang merupakan masa sesuai untuk PKMK berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
"Sebagai contoh perkhidmatan pengurusan jenazah. Jika kita mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak luar, ia akan menelan belanja sekitar RM500 hingga RM700.
"Ia sekali gus menjadi beban kepada keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.
Menurutnya, PKMK akan berusaha membantu keluarga yang memerlukan dalam mencari sumbangan daripada individu dan badan korporat.
"Kami akan membantu masyarakat membiayai pengurusan jenazah secara percuma," ujarnya.
Hazri berkata, PKMK juga bergiat aktif dalam program kemasyarakatan sekitar
bandar raya Kuching. "Persatuan ini mempunyai
empat bidang utama iaitu biro khidmat pengurusan yang bertanggungjawab dalam
hal pengurusan jenazah dan menyelaras majlis berkaitan hari-hari kebesaran Islam.
"Biro khidmat pendidikan dan perubatan Islam pula bertanggungjawab memberi kaunseling kepada pesakit yang mempunyai gangguan mental akibat stres dan memberi perkhidmatan bacaan ruqyah jika pesakit tersebut terkena gangguan makhluk halus dan mengadakan kelas mengaji iqra dan al-Quran kepada masyarakat.
"Selain itu, biro ekonomi berperanan dalam membantu untuk mengeluarkan produk daripada ahli persatuan untuk dipasarkan antaranya makanan, pakaian dan lain- lain.
“Manakala terakhir
ialah biro kebajikan yang bertanggungjawab mengenal pasti golongan asnaf dan mualaf yang perlu di bantu untuk persatuan menyalurkan bantuan," jelasnya.
Sehubungan itu katanya, individu atau badan koporat yang ingin menyalurkan sumbangan boleh hubungi urusetia ditalian 014-6879332.
SARATOK: Pemuda berusia 28 tahun yang disyaki membakar rumahnya sendiri pada Ahad lalu kini direman sementara menunggu pertuduhan yang akan dilakukan selepas 8 Julai depan.
Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin memberitahu, suspek yang dilihat oleh orang awam
membakar rumah kayu jenis dua tingkat itu dipercayai di bawah pengaruh dadah.
"Siasatan kes di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api telah selesai, kita cuma menunggu proses seterusnya (pertuduhan) yang dijangka dilakukan selepas 8 Julai," katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Menurutnya lagi, jika disabit bersalah di bawah seksyen terbabit, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Terdahulu, suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama.
Ahad lalu, lebih kurang jam 10.15 pagi rumah yang didiami suspek seorang diri telah musnah sekelip mata.
Bakar rumah sendiri
19