Page 18 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 18
18
Kesejahteraan raKyat
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
Hargai sumbangan ikhlas
| GERRALD GILLES
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Penduduk di Kampung Tematu dinasihatkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, percaya PKPD di Kampung Tematu tidak akan dilanjutkan dan akan berakhir dalam tempoh tujuh hari lagi.
"Ujian saringan pertama dijalankan telah mengesan lima kes positif Covid-19 dan dua kes positif dilaporkan pada kelmarin.
"Di kampung ini mempunyai seramai 189 keluarga dan hanya ada tujuh kes positif setakat ini. Saya yakin ia tidak mendatangkan masalah besar," katanya selepas menyaksikan agihan bantuan makanan kepada Kampung Tematu, di sini semalam.
Sebanyak 190 kilogram daging ayam segar disumbangkan
oleh Pasukan Bantuan Bencana Persekutuan Pesatuan Cina Sarawak yang diketuai oleh Lo Siaw Foong kepada Ketua Kaum Tematu, Geofrey Tahang.
Khere Chiang mengulas lanjut, seramai 189 keluarga di Kampung Tematu menerima bantuan
KHERE Chiang menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Siaw Foong (dua kanan) kepada wakil Kampung Tematu, Geofrey Tahang. | Mohd Alif Noni
| Borhan yang berusia 70 tahun menjelaskan tahap kesihatannya semakin merosot selepas menghidap usus tersumbat dan mengalami masalah jantung.
Kerusi roda
untuk
warga emas
| MUKHRIZ MOHAMAD
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Kegembiraan terpancar pada wajah Borhan Jol dari Kampung Jaya Bakti selepas menerima kerusi roda daripada Adun Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Borhan yang berusia 70 tahun berkata, tahap kesihatannya semakin merosot selepas menghidap usus tersumbat dan mengalami masalah jantung.
"Saya menjalani pembedahan usus tersumbat pada 2019 dan ketika itu saya juga mengalami masalah jantung.
"Sekarang saya mengalami masalah sakit lutut dan ia menyukarkan pergerakan," katanya.
Justeru, beliau berterima kasih kepada Dr Abdul Rahman Junaidi yang prihatin dan menyumbangkan kerusi roda kepadanya.
"Kerusi roda lama saya sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
"Dengan adanya kerusi roda baharu ini, mudah untuk saya bergerak terutama untuk menjalani pemeriksaan di klinik," ujarnya.
Sementara itu, Dr Abdul Rahman menjelaskan, sumbangan kebajikan sudah menjadi kelaziman mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Sudah lama kita melaksanakan program seperti ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan kita," katanya.
Turut hadir ialah KK Jaya Bakti, Deris Bohari.
makanan sejak hari pertama PKPD dilaksanakan.
Selain bantuan makanan daripada kerajaan, penduduk kampung juga menerima sumbangan daripada orang ramai di sekitar bandar raya ini.
Tambah beliau, pelbagai
lagi sumbangan makanan akan diagihkan kepada penduduk kampung pada hari yang berikutnya.
Sehubungan itu, Khere Chiang menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas bantuan dan sumbangan yang diberikan
kepada Kampung Tematu. "Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada orang ramai. Sumbangan ini datang dari hati dan tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit kerana ia datang dari hati yang ikhlas," ujarnya.
Pastikan keselamatan rakyat terjamin
SARIKEI: Kerja menaik taraf laluan pejalan kaki di dermaga Terminal Dua Sarikei bakal dilaksanakan sebagai langkah penting bagi menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan kemudahan berkenaan.
Adun Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, laluan itu bukan sahaja digunakan oleh penumpang bot tetapi juga
pemilik pengangkutan sungai yang beroperasi dari Tanjung Manis, Paloh dan Daro.
Hasil tinjauan beliau di jeti itu, Tiong Sii menjelaskan, terdapat kerosakan pada kerangka besi kesan ombak sungai yang menyebabkannya terhakis dan berkarat.
“Keadaan itu secara tidak langsung boleh mengundang bahaya kepada pengguna laluan
di terminal ini,” katanya selepas meninjau kawasan berkenaan, semalam.
Beliau berkata, perbincangan awal telah dibuat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei manakala, penyelenggaraan laluan dijangka dilakukan tidak lama lagi.
Projek itu sepatutnya mula lebih awal namun pelaksanaannya agak lewat berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya sudah berbincang
dengan jurutera JKR dan projek naik taraf ini sudah diluluskan. Peruntukan memang sudah ada tetapi pelaksanaan projek sedikit lambat kerana PKP.
“Pada masa yang sama, projek naik taraf secara menyeluruh kedua lorong di dermaga Terminal Dua ini, dijangka bermula tahun depan,” ujarnya.
18
TIONG Sii meninjau keadaan laluan pejalan kaki Terminal Dua Sarikei, semalam.