Page 22 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 22
22
ArenA
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
| EURO 2020
1966 jadi inspirasi
PESANAN PENTING... Gareth Southgate (tengah) memberikan kata-kata perangsang kepada anak- anak buahnya sebelum sesi latihan ringan semalam.
ENGLAND tidak rela kalah lagi dalam saingan separuh akhir kejohanan mega, seperti yang berlaku pada Piala Dunia 1990, Euro 1996 dan Piala Dunia 2018.
Malah mereka beria-ia untuk menamatkan ‘sumpahan’ tiga separuh akhir tersebut, dengan menumbangkan Denmark di Wembley awal pagi nanti (3.00 pagi Khamis).
Lantaran itu, skuad 1966 yang menjuarai Piala Dunia, menjadi sumber inspirasi anak-anak buah Gareth Southgate.
"Kami telah mengatasi banyak laluan sukar dan para pemain berasakan ini adalah cabaran seterusnya.
“Kami tidak akan puas jika hanya mara ke peringkat separuh akhir,” tegas Southgate.
“Kami juga melalui kekecewaan besar dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 (tewas 2-1 kupada Croatia).
“Jadi inlah masanya untuk kami buktikan. Saya lihat semangat itu sangat positif dalam diri setiap pemain,"
katanya.
Southgate mengakui tekanan
hebat pasti dirasai, kerana harapan menggunung para peminat di luar sana, serta berdepan semangat juara 1992 Denmark. Namun, kehadiran 60,000 penyokong di Wembley akan membantu misi final mereka.
Manakala ketua pasukan, Harry Kane pula menganggap kejayaan menjulang trofi Euro 2020 akan mengatasi segala pencapaian di peringkat kelab.
22
Misi lenyapkan Wembley
KESEBELASAN UTAMA ENGLAND (4-2-3-1)
TONGGAK pertahanan Denmark Andreas Christensen percaya mereka mampu ‘mengunci’ penyerang utama England Harry Kane, sekali gus melenyapkan sorakan di arena Wembley awal pagi nanti.
Bek utama Chelsea itu mempunyai rekod baik setiap kali menentang Harry Kane (Tottenham) dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
"Kami tahu kualitinya dan
semua orang tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyekatnya.
"Hojbjerg juga mengenali Kane dan mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi bersama pasukan.
“Semua pemain ada tabiat masing masing dan kita perlu mengambil kesempatan daripadanya," kata Christensen.
Kane yang telah pun menjaringkan tiga gol, bakal menjadi ancaman utama terhadap benteng Denmark.
"Dia begitu hebat dengan kakinya dan salah seorang penjaring terbaik di dunia.
"Reaksi saya lebih kepada naluri. Dia ada kelebihan fizikal dan sukar untuk menghadapinya... jadi anda tidak boleh terlalu rapat dengannya,” katanya.
"Kita ada kualiti dengan semangat pasukan juara 1992.
“Sebagai sebuah pasukan, saya tidak boleh katakan yang England lebih baik," ujar Christensen.
KESEBELASAN UTAMA DENMARK (3-4-2-1)
SIAP SEDIA... Rangkaian pemain Denmark bersiap sedia untuk ‘menggegar’ Wembley.