Page 23 - Suara Sarawak 7 JULAI 2021
P. 23
RABU | 7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H
ArenA
23
Jamery
kini fokus
Paralimpik
Tokyo
PERENANG paralimpik negara, Jamery Siga (S5) kini kembali fokus terhadap latihan hariannya.
Anak jati kelahiran Kampung Kuala Mendalam, Ulu Medamit, Limbang itu sudah pun menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Pacific Sutera Kota Kinabalu, Sabah Isnin lalu (5 Julai).
“Lega apabila sudah pun menerima dos pertama vaksin Covid-19 dua hari lepas.
“Saya kini boleh terus fokus kepada sesi latihan seperti biasa,” ujar Jamery kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Menurut Jamery, beliau yang masih lagi dibuai rasa gembira selepas namanya kembali tersenarai bertanding dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Ogos depan akan turun ke kolam renang untuk meneruskan latihan dalam tempoh terdekat.
Beliau akan menjalani latihan pusat di ibu negara pada 26 Julai ini sebagai persiapan terakhir.
Jamery akan bersaing dalam satu acara sahaja iaitu 50 meter kuak kupu-kupu.
LEGA... Para pemain KCFC lega selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19. | LIGA PREMIER 2021
a KCFC
Suntikan pertam
m
a
| FAIZAL BUJANG
suarasarawak.news@gmail.com
BARISAN pemain, skuad Kuching City FC telah pun menerima suntikan dos pertama Covid-19.
Menurut pengurus KCFC, Ideris Untong, ia memberi keyakinan kepada para pemain untuk lebih fokus selepas ini.
“Semua pemain sudah pun menerima dos pertama. Dan saya percaya mereka lebih yakin
dalam mengharungi tugasan harian.
“Ini kerana apa yang kami tunggu-tunggu sebelum ini, sudah pun selesai,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Bagaimanapun, KCFC belum lagi dapat menjalani latihan secara berpasukan berikutan masih dalam proses pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sesi latihan hanya diadakan
secara individu di kediaman masing-masing dan dipantau secara maya,” tambah Ideris.
KCFC akan menentang Terengganu FC 2 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching pada 24 Julai ini. Sebelum ini, jurulatih KCFC, Irfan Bakti risau kerana tidak dapat mengendalikan
sesi latihan secara berpasukan. Katanya, ia pasti akan menjejaskan persiapan pasukan.
Permohonan KCFC untuk mengadakan latihan
berpasukan sebelum ini ditolak oleh Jawankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kerana situasi kes positif yang masih membimbangkan.
Bagaimanapun sejak seminggu kebelakangan ini, catatan kes harian menunjukkan penurunan. KCFC akan mengharungi semua 10 aksi pusingan kedua di Stadium Negeri. Ia merupakan kelebihan buat KCFC untuk memperbaiki kedudukan.
Lepak santai atlet petanque
PENDEKATAN tersendiri diguna pakai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dalam memperkasa persiapan
atlet skuad Petanque untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma XX Johor 2020).
Dengan mengadakan Program ‘Lepak Santai Atlet Petanque Sukma Sarawak’ menerusi aplikasi zoom baru-baru ini.
Program julung kali dilaksanakan itu berlangsung selama tiga jam bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Menariknya program berkenaan turut melibatkan dua atlet skuad Petanque Malaysia iaitu Mohd. Firdaus Adi Mohd. Bakri yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Sea Filipina 2005 dan Mohamad Hafizuddin Mat Daud yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea Singapura 2015.
Pegawai Pembangunan
Sukan Petanque SSC, Eqa Eqma Bujang Adris memberitahu, program tersebut yang bertujuan memberi peluang kepada atlet skuad Petanque Sukma Sarawak menimba pengalaman dari kedua- dua pemain kebangsaan itu.
Ppada masa sama kesempatan
SECARA MAYA... Atlet skuad Petanque Sukma Sarawak yang menjayakan program lepak santai.
terbaik buat mereka bagi meningkatkan motivasi diri, mencakupi pelbagai aspek.
“Kita berterima kasih kepada pihak MSNS dan SSC atas inisiatif mereka dalam menganjurkan penganjuran program seumpama itu.
“Saya percaya atlet terlibat akan mengguna pakai ilmu serta perkongsian pengalaman
diperolehi daripada kedua-dua pemain terbabit pada kejohanan sebenar nanti,” ujar Eqa kepada Arena Suara Sarawak semalam.
Tambah beliau lagi, walaupun pelaksanaan program berkenaan secara maya namun ilmu yang diperolehi atlet terlibat amat berharga.
Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan semangat juang
para atlet skuad Petanque Sukma Sarawak yang sememangnya berazam mahu mencipta kejutan dalam kejohanan dwitahunan negara itu kelak.
Lebih 30 orang terlibat menjayakan program berkenaan, 15 orang atlet elit Sukma, 14 orang atlet program pembangunan selain jurulatih dan pegawai.
SUNTIK... Jamery Siga menerima dos pertama vaksin Covid-19.
23