Page 15 - Suara Sarawak B
P. 15

Harimau, beruang turut terima vaksin Covid-19
Harimau Ginger dan Molly adalah dua haiwan pertama di Zoo Oakland yang menerima vaksin minggu ini, lapor San Francisco Chronicle pada Ahad seperti yang dikutip oleh AP.
OAKLAND, CALIFORNIA: Sebuah zoo di kawasan Teluk San Francisco menginokulasi harimau, beruang dan feret sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi spesies haiwan menggunakan vaksin uji kaji Covid-19.
Harimau Ginger dan Molly adalah dua haiwan pertama di Zoo Oakland yang menerima vaksin minggu ini, lapor San Francisco Chronicle pada Ahad seperti yang dikutip oleh AP. Dos vaksin
Kucing daki
berkenaan disumbang dan dibangunkan syarikat farmaseutikal Zoetis di New Jersey.
Naib Presiden Perkhidmatan Veterina, Alex Herman mengatakan tidak ada haiwan yang dijangkiti virus tersebut, namun mereka ingin bersikap proaktif. Harimau, beruang, singa gunung dan feret adalah yang pertama menerima satu daripada dua dos pertama vaksin terbabit.
Fenomena
3
25 Zulakedah 1442H
Lebih 150 pelancong Rusia POSITIF VIRUS di Cuba
HAVANA: Lebih 150 pelancong Rusia yang
diuji positif Covid-19 sebaik tiba di Cuba masih menunggu keputusan ujian saringan terbaharu, menurut Konsulat Jeneral Persekutuan Rusia di Cuba, Nana Mgeladze, lapor Bernama.
“Pelancong yang tiba dengan penerbangan antara 30 Jun dengan 2 Julai, iaitu melibatkan seramai 133 penumpang termasuk anak kapal disahkan positif Covid-19 pada 30 Jun lalu menerusi ujian saringan pertama di lapangan terbang. Ujian susulan pula mengesahkan seramai 33 orang dijangkiti,” kata Mgeladze.
Menurut Mgeladze, 130 pelancong Rusia masih dikuarantin di bilik hotel manakala mereka yang tiba sebelum 29 Jun, dikuarantin lebih awal, lapor Sputnik.
Pelancong itu mendakwa tidak menunjukkan sebarang gejala, dan mempunyai dokumen membuktikan
mereka divaksin atau disahkan negatif Covid-19, sebelum berlepas dari Rusia.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa mengatakan Ribut Tropika Elsa membadai Jamaica dan Cuba dengan angin kencang dan hujan selepas meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa semasa membawa kemusnahan di sepanjang laluannya di Caribbean semalam.
Pusat Tafan Nasional (NHC) mengatakan, Elsa membadai dengan kelajuan angin maksimum 95 kilometer sejam sehingga 8 malam Ahad. NHC melaporkan bahawa amaran ribut tropika dibatalkan di beberapa bahagian tetapi dikekalkan di beberapa kawasan lain di Cuba dan Florida Key.
􏰬􏰄􏰋􏰅􏰄􏰀􏰤􏰥􏰟􏰠􏰀􏰥􏰤􏰛􏰙􏰛􏰞􏰙􏰡􏰡􏰟􏰛􏰀 􏰡􏰟􏰖􏰀􏰜􏰟􏰡􏰠􏰢􏰛􏰟􏰠􏰢􏰛􏰌􏰟􏰀􏰠􏰤􏰝􏰤􏰐􏰟􏰠􏰀 􏰥􏰤􏰛􏰤􏰣􏰢􏰥􏰟􏰀􏰖􏰗􏰠􏰀􏰐􏰤􏰣􏰚􏰟􏰥􏰟􏰀􏰜􏰟􏰡􏰠􏰢􏰛􏰀 􏰘􏰗􏰜􏰢􏰖􏰕􏰔􏰓􏰎􏰀􏰄􏰏􏰖􏰟􏰝􏰟􏰎􏰀􏰖􏰢􏰀􏰮􏰟􏰜􏰟􏰛􏰟􏰀 􏰐􏰟􏰖􏰟􏰀􏰨􏰤􏰢􏰀􏰭􏰫􏰭􏰔􏰊􏰀􏰦􏰀􏰄􏰂􏰉
gunung tertinggi
New Hampshire
NORT CONWAY: Seekor kucing dilaporkan berjaya mendaki 48 gunung tertinggi di New Hampshire, menghabiskan sebahagian perjalanan menikmati pemandangan dari beg galas tuannya.
Kucing bernama Floki itu membesar menjadi kucing dewasa dalam tempoh sembilan bulan sejak tuannya, Mel Elam dari Utara Conway, memulakan pejalanan mereka untuk tiba di kemuncak gunung setinggi 4,000 kaki.
Elam mengambil Floki dari sebuah pusat perlindungan tahun lalu selepas
kehilangan anjingnya yang juga peneman pengembaraannya.
Elam mengabadikan kisah pengembaraannya bersama-sama Floki di media sosial @adventureswithflokicat, dengan memuat naik gambar dan video perjalanan mereka.
“Kami berjaya melakukannya!” tulis Elam, seperti yang dipetik oleh AP.
Terakhir dalam senarai mereka adalah Gunung Washington, kemuncak tertinggi di Northeast, pada ketinggian 6,288 kaki, yang berjaya didaki mereka pada Sabtu


































































































   13   14   15   16   17