Page 18 - SVA demo
P. 18
18
vaKsinasi
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
Jangan datang sendiri, elak kekecohan
18
DR Annuar sedang memeriksa tahap kesihatan penerima yang hadir ke PPV Bergerak Dewan Lakis, Sibu.
Keselamatan Kampung (JKKK) sebelum ini dikehendaki untuk menyenaraikan nama penduduk untuk mendapatkan vaksin di PPV tersebut.
"Ini bukan secara datang sendiri kerana nama yang disenaraikan itu akan diberikan janji temu.
"Kita tidak mahu melaksanakan secara datang sendiri bagi mengelak kesesakan atau kekecohan. Nama yang disenaraikan oleh JKKK akan diberikan janji temu dan tarikh.
"Langkah ini akan memudahkan proses pemvaksinan dan mengelak PPV diserbu," jelas Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.
Bercakap mengenai PPV Dewan Lakis, Dr Annuar memberitahu ia mampu memberikan 500 dos dalam sehari.
Namun, katanya, kapasiti akan dipertingkat dari semasa ke semasa.
"Hari ini kita cuba 400
dos sehari dulu. Mungkin esok lusa ia dipertingkat kepada 600
hingga 700 dos sehari. PPV tersebut akan beroperasi selama lima hari hingga Ahad.
"Buat masa ini pusat itu hanya untuk penduduk kampung yang berdekatan dengan Masjid An- Nur Sibu," dedahnya.
Adun Nangka itu menjelaskan, pihaknya telah menyenaraikan nama jawatankuasa surau,
gereja dan tokong di Sibu untuk menerima vaksin Covid-19 di PPV ini seramai 150 orang.
Inisiatif baharu itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan jawatankuasa rumah-rumah ibadat lain juga disenaraikan.
"Kami akan menetapkan masa dan tarikh kepada penerima daripada jawatankuasa rumah- rumah ibadat ini untuk menerima vaksin Covid-19 di sini.
"Sekarang kita sedang melakukan beberapa pertimbangan menerusi
senarai yang diberi daripada jawatankuasa rumah-rumah ibadat ini, tetapi jika jumlahnya lebih ramai saya akan berbincang dengan Rejang Medical Centre (RMC)," katanya.
SIBU: Seramai 3,000 penduduk di sekitar kawasan Masjid An- Nur Sibu sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (Lakis).
Perkara ini didedahkan
oleh Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika melakukan tinjauan di PPV Bergerak tersebut.
Beliau memberitahu, Jawatankuasa Kemajuan dan
Tunaikan tanggungjawab
“Mendapatkan vaksin ialah tanggungjawab kita sendiri sebagai rakyat
di negara ini untuk membantu kerajaan membentuk imuniti kelompok seterusnya mengurangkan risiko jangkitan atau penularan virus ini.
SIBU: Tuai-tuai rumah di Dun Tamin diseru mengumpul nama penduduk di kawasan mereka untuk diberikan vaksin Covid-19.
Menurut Adun Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, ini bagi memastikan tiada penduduk tercicir vaksinasi pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dijalankan di Daerah Selangau.
Jelas beliau, nama yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Penghulu kawasan untuk dilanjutkan kepada Pejabat Daerah Selangau dan seterusnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata demikian semasa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Dewan Masyarakat Sekuau.
Gira memberitahu, ia penting bagi membolehkan pihak KKM menentukan jumlah vaksin diagihkan kepada penduduk di kawasan Selangau.
Bercakap mengenai PPV Bergerak di Dewan Serbaguna Sekuau, beliau berkata, kira-kira 2,000 penduduk dari 40 rumah panjang dari Skim Penempatan Semula Sekuau terlibat pada PICK itu.
“PICK di dewan ini
berlangsung selama tiga
hari. Diharap tiada penduduk di Sekuau tertinggal untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
“Mendapatkan vaksin ialah tanggungjawab kita sendiri sebagai rakyat di negara ini untuk membantu kerajaan membentuk imuniti kelompok seterusnya mengurangkan risiko jangkitan atau penularan virus ini.
“Ini sahajalah satu-satunya cara untuk memerangi wabak pandemik Covid-19
agar kita dapat hidup normal,” tegasnya.
Sementara itu, jelasnya, program yang sama telah diadakan di Dewan Serbaguna Selangau dan di Dewan SK Bukit Arip pada sebelum ini.
Namun katanya, masih ramai penduduk terutama dari kawasan Sekuau tidak dapat hadir atas faktor jarak dan pengangkutan.
Justeru itu katanya, pengoperasian PPV Bergerak
di Skuau selama tiga hari itu
satu langkah dalam membantu mempercepatkan kadar pemberian vaksin bagi penduduk.
“Tidak semua orang boleh atau mengakses aplikasi dan mendaftar melalui Mysejahtera.
“Oleh itu, PPV Bergerak seperti ini melalui nama yang
disenaraikan oleh tuai-tuai rumah akan memudahkan proses pemvaksinan,” tambah beliau.
Dalam perkembangan lain, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun ketika dihubungi berkata, selepas PPV Bergerak di Sekuau dijadual bergerak ke kawasan Tepus, Tamin dan Stapang dalam kawasan Daerah
Selangau bergantung kepada keperluan.
Menurutnya, pasukan PPV Bergerak itu dianggotai dua pegawai perubatan dan enam anggota paramedik.
“Dengan adanya pasukan bergerak ini ia diharap dapat membantu meningkatkan suntikan vaksin kepada penduduk terutamanya di sekitar Daerah Selangau.
“Pendekatan ini juga
lebih berkesan terutamanya untuk warga emas yang tidak mempunyai pengangkutan, selain berdepan masalah kesihatan untuk ke PPV.
“Di Selangau hanya terdapat satu PPV iaitu di Dewan Serbaguna Selangau.
“Dengan adanya inisiatif tersebut bilangan suntikan vaksinasi di kawasan itu dapat dipertingkatkan,” jelas Dr Teh.
Pupuk amalan kebersihan peniaga
SIMANGGANG: Sejumlah 300 botol cecair pembasmi kuman diagih kepada peniaga di Pasar Tamu Sri Aman dan Pasar Bersepadu Dua Tingkat, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).
Kesemua cecair
pembasmi kuman berkenaan disumbangkan oleh pihak Bulan Sabit Merah Malaysa (BSMM) Cabang Sri Aman menerusi Program Jangkauan Komuniti yang berlangsung di situ.
Simbolik pengagihan cecair pembasmi kuman dilakukan oleh Walikota MDSA, Anthony Abell Chendan dan Setiausaha MDSA, Tay Guan Huat di dua lokasi.
Jurucakap BSMM Cabang Sri Aman, Isaac Stalin berkata, tujuan utama program tersebut diadakan untuk memupuk amalan kebersihan dalam kalangan peniaga.
“Menerusi Program Jangkauan Komuniti, setiap peniaga menerima satu liter cecair pembasmi kuman untuk digunakan bersama-sama pelanggan yang hadir di kedua- dua lokasi ini.
“Dengan mengamalkan amalan penggunaan cecair pembasmi kuman, diharap dapat membantu menurunkan risiko penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan mereka,” katanya.
Bagaimanapun pemberian cecair pembasmi kuman kata Isaac, tidak akan bermakna jika peniaga dan pelanggan gagal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Kami, BSMM Cabang Sri Aman menyeru kepada semua peniaga dan pelanggan untuk sentiasa mengamalkan SOP bagi membantu petugas barisan hadapan mengekang penularan Covid-19 di Sri Aman,” tegasnya.
Terdahulu, sebanyak 230 botol cecair pembasmi kuman diagih kepada peniaga di Pasar Tamu Sri Aman, manakala 70 botol lagi disumbang kepada peniaga di Pasar Bersepadu Dua Tingkat MDSA.