Page 20 - SVA demo
P. 20

20
arena
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
EURO 2020
Sepanyol kenduri gol
BEKAS juara dunia dan juara Euro, Sepanyol akhirnya mara ke pusingan kedua setelah membelasah Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E semalam.
Mereka muncul naib juara kumpulan dan akan menentang Croatia dalam aksi pusingan kedua pada Isnin depan.
Ketua pasukan, Sergio Busquets sebak selepas membantu negaranya mara.
Pemain tengah itu positif Covid-19 pada awal bulan ini dan terpaksa menjalani kuarantin, sekali gus terlepas dua aksi awal La Roja.
Busquets kembali dalam kesebelasan utama menentang
Slovakia dan turut diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
“Saya mengharungi detik buruk selama 10 hari di rumah.
“Saya tidak tahu sama ada saya boleh kembali, tetapi sekarang saya sudah bersedia,” ujar Busquets.
“Kami tidak bermain seperti yang dimahukan dalam dua perlawanan dan perlawanan hari ini adalah motivasi buat semua.
“Kami perlu motivasi ini. Kami beraksi dengan bersungguh- sungguh sejak dari mula dan walaupun gagal menyudahkan penalti, kami terus bekerja keras.
“Sebagai pasukan di tangga kedua Kumpulan E, Sepanyol
GOL SENDIRI... Penjaga gol Slovakia, tertampan masuk ke gawang sendiri, ketika diasak Sepanyol dalam aksi Kumpulan E semalam.
Belgium tunggu Ronaldo
akan berdepan Croatia selepas naib juara Piala Dunia itu juga menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan D.
Mengulas mengenai Croatia,
Busquets berkata, pasukan itu adalah naib juara Piala Dunia dan lawan yang begitu sukar.
“Kami tahu pemain mereka dan kapten mereka (Luka Modric).
Kami perlu terus berusaha. “Dalam satu perlawanan, kami sukar untuk ditewaskan dan kami
begitu yakin untuk terus mara lebih jauh,” katanya.
Sweden berjiwa kental
TONGGAK Sweden, Emil Forsberg memuji mentaliti kemenangan dalam kalangan pemain ketika bangkit menewaskan Poland 3-2
di Stadium St Petersburg dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.
Dengan kemenangan
itu, Sweden muncul juara Kumpulan E dan akan menentang Ukraine dalam pusingan kedua. Di atas kertas, mereka berpeluang untuk ke suku akhir.
“Sejujurnya amat menggembirakan apabila dapat menjaringkan dua
gol hebat untuk menang di
sini sekali lagi, seterusnya menjuarai peringkat kumpulan,” kata wira Sweden, Forsberg yang menjaringkan dua gol.
“Kami sebenarnya menghadapi banyak tekanan ketika berdepan Poland.
“Namun apabila setiap pemain kembali membuktikan kemampuan sebagai satu unit pasukan untuk bangkit, kami akhirnya bukan sahaja menang tapi menjuarai kumpulan.
“Kami tahu bahawa Poland akan tampil dengan kekuatan penuh dan berusaha memenangi permainan.
“Kami berusaha bpertahan dengan baik dan berjaya mengekang mereka dan bernasib baik, kami mendapat gol awal.
“Semua pemain Sweden telah mempamerkan kekuatan karakter dan mentaliti masing- masing,” jelasnya.
JUARA bertahan, Portugal bakal menghadapi tugas berat, menentang pasukan nombor satu dunia, Belgium dalam aksi pusingan kedua Euro 2020.
Skuad Cristiano Ronaldo itu layak setelah terikat 2-2 dengan Perancis dalam aksi terakhir Kumpulan F semalam, sekali gus muncul sebagai antara pasukan tempat ketiga terbaik. Yang pasti, Portugal perlu meningkatkan lagi prestasi jika mahu menundukkan Belgium dalam aksi kalah mati pada awal pagi Isnin depan.
Pengendali Portugal, Fernando Santos mahu anak-anak buahnya cergas sepenuhnya dan bebas daripada kecederaan.
“Selaku juara bertahan, pasukan ini telah beraksi bersungguh-sungguh pada
perlawanan terakhir, namun ia hanya menyaksikan kami menamatkan saingan pada kedudukan ketiga.
“Kedudukan ini membuatkan kami bakal berdepan Belgium. Oleh itu saya mahu pemain mendapatkan rehat secukupnya untuk kembali cergas menjelang perlawanan berkenaan.
“Kami juga
akan mengkaji
mengenai kekuatan
serta kelemahan
Belgium kerana
kami tahu kami akan berdepan dengan perlawanan yang
LINCAH... Tonggak tengah Perancis, Paul Pogba (kanan) cuba melepasi pe- main Portugal. Pogba beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.
berintensiti tinggi,” katanya. Sementara itu, Santos
bangga dengan aksi yang
ditunjukkan oleh semua pemain yang berjaya mengikat Perancis 2-2.
20
DETIK MANIS... Benzema meraikan jaringan kedua ketika seri 2-2 dengan Portugal semalam.
BINTANG Real Madrid, Karim Benzema mengakui teruja dan gembira apabila
menjaringkan gol pertamanya bersama Perancis sejak 2015.
Beliau kembali dipanggil oleh jurulatih, Didier Deschamps untuk
Kejuaraan Eropah 2020 selepas diketepikan hampir enam tahun.
Benzema gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat aksi
selepas dipanggil semula Perancis yang berjaya merangkul Piala Dunia meskipun tanpa khidmatnya sebelum
ini.
Namun, beliau menyempurnakan
sepakan penalti pada aksi terakhir Kumpulan F menentang Portugal, sebelum menambah satu lagi gol untuk menamatkan
penantiannya.
“Kegembiraan yang teramat sangat dan
juga rasa bangga,” katanya.
“Saya rasa semua orang menunggunya.
Ada sedikit tekanan daripada seluruh negara, tetapi saya adalah pemain bola sepak profesional dan perlukan tekanan seperti itu.
“Keputusan 2-2 yang dilakar Les Bleus, meletakkan mereka sebagai juara kumpulan dan akan bertemu Switzerland di pusingan 16 terbaik, minggu depan.
“Dia memang menantikan gol itu. Dia tidak hilang keyakinan, begitu juga saya,” kata Deschamps.
“Kami akan berehat seketika dan kemudiannya bersedia untuk bertemu Switzerland sebaik mungkin,” jelasnya.
Karim Benzema tajam


































































































   18   19   20   21   22