Page 20 - PowerPoint Presentation
P. 20
2.3.1 Plastik HDPE
High-Density Polyethylene (HDPE) merupakan jenis plastik yang paling banyak
dikitar semula. Ia disebabkan sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan
suhu rendah. Menurut EPA, 12% daripada HDPE dikitar semula setiap tahun. HDPE
yang pertama telah digunakan sebagai bahan dalam sistem perpaipan. Plastik kategori
SPI 2 ini merupakan plastik polietilena yang mempunyai ketumpatan tinggi. Plastik
ini selamat digunakan, walaubagaimanapun, tidak dicadangkan untuk digunakan
semula bagi mengisi sebarang makanan dan minuman. Kebanyakan plastik jenis
HDPE digunakan sebagai botol detergen, shampoo, gel mandian dan barangan
kosmetik yang lain.
Selain penggunaannya untuk aplikasi makanan, plastik HDPE juga tergolong
dalam banyak perkara, ia juga dapat ditemukan di tempat yang tidak biasa digunakan,
seperti:
-Komposit plastik kayu
-Pembedahan plastik, khususnya pembentukan semula rangka dan wajah
-Papan salji
-Kasut Tahan Lama
-Filamen percetakan 3-D
-Bekas makanan dan minuman
2.2.3 Pasir
Pasir ialah komponen utama dalam mortar dan juga komponen kedua terpenting
dalam pembuatan konkrit. Dalam pembuatan mortar mahupun konkrit, ia mestilah
bersih dan tidak mengandungi bahan bendasing di dalamnya semasa kerja-kerja
pembancuhan dilakukan. Hal ini adalah untuk meningkatkan mutu pembinaan
sesebuah bangunan itu sendiri.
Pasir digunakan bersama simen untuk kerja-kerja pembinaan dinding, tiang, bahagian
atas tembok, aras lantai, rasuk tanah, tangga dan juga teres. Dalam projek pembinaan ,
biasanya dua gred pasir digunakan iaitu daripada jenis 1:3 dan 1:6 iaitu bahagian
simen dan pasir dicampurkan sekali.