Page 2 - AMALI 1-kimia (ebook) FARIS
P. 2

AMALI 1 : MENGKAJI TINDAK BALAS HIDROKARBON ALIFATIK DAN AROMATIK



               TAJUK :

               Tindak Balas Kimia Hidrokarbon Alifatik dan Aromatik




               TUJUAN EKSPERIMEN :


               Untuk mengkaji tindak balas kimia hidrokarbon alifatik dan aromatik



               TEORI :


                       Eksperimen ini dijalankan bagi menunjukkan dan memerhatikan tindak balas kimia yang
               berlaku  daripada  tiga  kumpulan  hidrokarbon  yang  berbeza  iaitu  alkana,  alkena  dan  sebatian

               aromatik. Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi atom hidrogen dan atom karbon
               sahaja (Pek, 2008). Seterusnya, hidrokarbon dicirikan menggunakan tindak balas kimia secara
               umumnya  seperti  tindak  balas  penambahan  dan  sebagainya.  Dua  jenis  hidrokarbon  yang

               digunakan  dalam  eksperimen  ini  adalah  hidrokarbon  alifatik  dan  hidrokarbon  aromatik.
               Hidrokarbon  alifatik  merupakan  sebatian  karbon  yang  disusun  dalam rantai terbuka  dan juga
               terdapat dalam keadaan rantai lurus ataupun bercabang. Sebatian ini berbeza mengikut jenis

               ikatan  kovalen  antara  atom-atom  karbon  dalam  molekul.  Hidrokarbon  alifatik  yang  hanya
               mengandungi ikatan kovalen tunggal serta atom-atom karbon disebut hidrokarbon tepu manakala
               hidrokarbon alifatik yang mengandungi ikatan ganda dua atau tripel antara atom-atom karbon

               adalah hidrokarbon tidak tepu. Hidrokarbon aromatik pula mudah dikenali dengan struktur gelang
               yang distabilkan dengan elektron yang tidak disetempatkan.


                       Sikloheksana  yang  digunakan  dalam  eksperimen  ini  merupakan  daripada  kumpulan
               sikloalkana dengan formula molekul       . Sikloheksana banyak digunakan dalam perindustrian
                                                    6 12
               penghasilan  produk  serta  penghasilan  beberapa  bahan  kimia.  Sikloheksena  pula  daripada

               kumpulan sikloalkena yang mempunyai formula molekul       . Sikloheksena adalah cecair yang
                                                                       6 10
               tidak berwarna dan mempunyai bau yang tajam. Bahan ini tidak begitu stabil untuk penyimpanan
               jangka  masa  panjang  kerana  dengan  pendedahan  kepada  cahaya  dan  udara  ianya  boleh

               membentuk  peroksida.  Seterusnya,  Metilbenzena  adalah  sejenis  hidrokarbon  aromatik  yang
               mempunyai satu kumpulan metil,      . Metilbenzena merupakan ahli yang paling ringkas bagi
                                                    3
   1   2   3   4   5   6   7