Page 8 - AMALI 1-kimia (ebook) FARIS
P. 8
sikloheksana. Hal ini adalah kerana alkena mempunyai peritus karbon per jisim yang lebih tinggi
berbanding alkana. Dalam ujian kedua iaitu ujian tindak balas dengan air bromin menunjukkan
warna perang air bromin dinyahwarnakan. Hal ini adalah kerana formula struktuk sikloheksena
yang mempunyai ikatan kovalen ganda dua. Ianya dikenali sebagai hidrokarbon tidak tepu. Jadi,
ianya mudah untuk mengalami tindak balas penambahan dengan air bromin dan menyebabkan
air bromin itu dinyahwarnakan. Tindak balas ini juga dikenali sebagai tindak balas pembrominan.
Tindak balas sikloheksena, dengan air bromin, akan membentuk 1,2-
6 10
2
dibromosikloheksana. Seterusnya, ujian terakhir yang dilakukan terhadap sikloheksena adalah
ujian tindak balas dengan kalium manganate (VII) berasid. Berdasarkan jadual pemerhatian,
ianya menunjukkan warna ungu larutan dinyahwarnakan. Hal ini menunjukkan pengoksidaan
berlaku. Larutan kalium manganate (VII) berasid berfungsi sebagai agen pengoksidaan dalam
ujian ini. Bahan yang terbentuk hasil tindak balas antara sikloheksena dengan larutan kalium
manganate (VII) berasid adalah 1,2-diol-sikloheksana.
3) Metilbenzena
Berdasarkan jadual pengumpulan data, metilbenzena tidak dijalankan dengan ujian pembakaran
kerana sifat karsinogeniknya. Untuk ujian tindak balas dengan air bromin, warna bromin adalah
kekal perang kerana tiada tindak balas yang berlaku. Bagi tindak balas terakhir iaitu tindak balas
dengan kalium manganate (VII) berasid, hasil tindak balas tersebut menunjukkan bahawa warna
ungu larutan dinyahwarnakan. Hal ini menunjukkan tindak balas yang berlaku adalah tindak balas
pengoksidaan. Pengoksidaan dengan kalium manganate (VII) berasid yang lengkap akan
menyebabkan warna ungu larutan dinyahwarnakan dan manganate (VII) diturunkan menjadi
manganum (II) serta membentuk asid benzoik.
KESIMPULAN :
Hipotesis diterima, iaitu sikloheksana akan terbakar dengan nyalaan kuning yang kurang
berjelaga serta tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap ujian tindak balas dengan
bromin dan ujian tindak balas dengan KMnO4 berasid. Sikloheksena pula akan terbakar dengan
nyalaan kuning yang lebih berjelaga serta menunjukkan perubahan terhadap ujian tindak balas
dengan bromin dan ujian tindak balas dengan KMnO4 berasid. Metilbenzena tidak menunjukkan
sebarang perubahan terhadap ujian tindak balas dengan bromin tetapi menunjukkan perubahan
terhadap ujian tindak balas dengan KMnO4 berasid.