Page 50 - Modul Latihan Bantuan Asas hidup
P. 50
• Posisi pesakit ketika dinilai.
• Posisi tegak menghidu (tripod)
• Posisi separa duduk (semi sitting / semi fowler)
Rawatan saluran pernafasan adalah dengan membuka salur pernafasan, memastikan salur pernafasan terbuka
dan memberi bantuan yang sewajarnya bergantung kepada keadaan yang menyebabkan masalah saluran
pernafasan. Ia dimulakan dengan penilaian terhadap saluran pernafasan termasuklah dengan melihat, menyentuh
dan mendengar bunyi pernafasan mangsa mangsa.
Sebarang tanda-tanda yang menunjukkan pernafasan yang tidak mencukupi patut diberi perhatian semasa
penilaian mangsa seperti posisi mangsa, ortopnea, kenaikan dan penurunan dada tidak mencukupi, kulit
kebiru-biruan, pernafasan dengan bibir muncung, lubang hidung mengembang dan kemerah-merahan (nasal
flare), penggunaan otot pernafasan aksesori, pergerakan dinding dada yang tidak sekata, pernafasan yang cepat
dan penghembusan nafas yang panjang. Penyelamat patut merasa untuk pergerakan udara, melihat kesamaan
pergerakan dada, perhatikan sebarang pergerakan paradoksikal dan pulsus paradoksus (tekanan darah sistolik
turun lebih dari 10mmHg semasa penarikan nafas).
Alatan yang digunakan dalam penilaian pernafasan:
1. Oksimeter nadi (pulse oximeter) – untuk memerhatikan status ketepuan oksigen dalam badan.
2. Meter aliran ekspiratori maksimum, (peak expiratory flow meter) – menilai tahap pengecilan salur pernafasan.
3. Analisa gas darah arteri (ABG analysis)
4. Pengukuran karbon dioksida akhir tidal (end tidal CO2) – mengesan dan mengukur tahap karbon dioksida
dalam badan
Penyebab-penyebab pernafasan yang tidak Kegagalan salur pernafasan boleh memberikan simptom
mencukupi: yang berbeza dan biasanya menghasilkan beberapa
bunyi pernafasan yang berbeza.
• Sepsis
• Bunyi nafas biasa – mangsa mempunyai salur nafas
• Trauma yang terbuka
• Kecederaan batang otak • Tiada bunyi nafas – Lakukan CPR jika tiada bunyi
pernafasan.
• Kawasan terbakar, dipenuhi asap dan kurang
oksigen • Menggelegak/menggelobok (gurgling) – Adalah
disebabkan cairan, lakukan sedutan atau posisikan ke kiri
• Kegagalan buah pinggang
mangsa
• Penhyumbatan salur pernafasan atas dan
• Stridor – Adalah disebabkan benda asing atau lidah
bawah
yang menutup salur pernafasan
• Kegagalan otot-otot pernafasan
• Berdehit (wheezing) – Adalah disebabkan salur
pernafasan bahagian bawah mengecil (seperti asthma)
• Kecederaan sistem saraf
atau tercekik bendasing.
49
47