Page 2 - PAMERAN KERJAYA MAYA PERINGKAT NEGERI JOHOR
P. 2
RASIONAL
Hala tuju minat kerjaya murid adalah bidang utama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Guru Kaunseling perlu menjalankan aktiviti dan program secara berfokus mengikut minat
kerjaya murid yang dikenalpasti melalui data pelaksanaan psikometrik Inventori Minat Kerjaya (IMK)
murid. Pelajar menjalani ujian psikometrik IMK semasa di Tingkatan 1 dan 3 kemudian menjalani ujian
psikometrik Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) semasa di Tingkatan 5. Program pameran kerjaya
secara atas talian ini merupakan satu program dan medium baharu untuk menyalurkan maklumat
berkaitan tindakan dan hala tuju murid semasa memilih bidang pengajian selepas SPM dan STPM
mengikut minat kerjaya mereka.
MATLAMAT
Dengan penganjuran pameran kerjaya maya ini murid dapat memberi
fokus kepada pemilihan bidang pengajian pelajar selepas SPM dan STPM.
2