Page 4 - E Malajah Edisi 3
P. 4

FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN
                  FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN


          Fakulti  Sains  dan  Sekitaran  Marin,  UMT  mempunyai  kumpulan  pakar  sains  asas

          dan gunaan daripada bidang  kimia, biologi, fizik, marin dan sains sekitaran.

          Fakulti ini menawarkan program akademik berkualiti tinggi yang memenuhi

          keperluan  terkini  dan  akan  datang  dalam  bidang-bidang  asas,  penyelidikan
          melalui penerokaan dan pengajaran.


          Program-program di bawah fakulti ini dibangunkan bagi memastikan graduan
          memiliki asas yang kukuh dalam bidang-bidang yang diceburi.



             PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
             PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN

     (PEMULIHARAAN DAN PENGURUSAN BIODIVERSITI)
     (PEMULIHARAAN DAN PENGURUSAN BIODIVERSITI)


         Program ini menekankan kedua-dua aspek amali dan teori dalam sains gunaan.

         Pelajar akan mengikuti kursus-kursus teras program yang merangkumi bidang
         biologi asas termasuk ekologi, fisiologi, genetik, dan ekologi.

         Selain  itu,  pelajar  turut  mendalami  pengetahuan  berkaitan  pengelasan
         organisma, evolusi dan biodiversiti organisma, ekosistem akuatik dan daratan,
         pemuliharaan ekosistem, spesies dan genetik, pengurusan hutan dan hidupan
         liar, penggunaan alat penderiaan jauh dan GIS, dinamik populasi dan sumber-
         sumber asli tropika.


         Apa  yang  lebih  menarik,  pelajar  juga  akan  didedahkan  kepada  kerja-kerja
         lapangan  yang  memberi  peluang  kepada  pelajar  untuk  mengasah  kemahiran
         praktikal di luar dewan kuliah.


         Antara kursus-kursus yang akan dipelajari oleh pelajar program ini adalah:


         Kepelbagaian Tumbuhan                                          Ekosistem Tropika
         Kepelbagaian Mikroorganisma                                    Pengurusan  Hutan  dan  Sumber
         Taksonomi dan Sistematik Organisma                             Hutan

         Kepelbagaian Invertebrata                                      Penilaian Sumber Biodiversiti
         Genetik                                                        Analisis Data Biodiversiti
         Biologi dan Ekologi Lapangan                                   Pengurusan Hidupan Liar
         Kepelbagaian Vertebrata                                        Mikologi
         Ekologi Populasi dan Komuniti                                  Etnobotani
         Biologi Pemuliharaan                                           Pengurusan  Legeh  dan  Hutan
         Biologi dan Sistematik Serangga                                Rekreasi

         Biologi dan Pengurusan Serangga Perosak                        Sains Tanah
         Pengurusan Haiwan Ex-situ                                      Dendrologi
                                                                        Kelakuan Haiwan
                                                                        Genetik Ekologi



                                                                                                                  1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9