Page 17 - E majalah edisi 2
P. 17

BAGAIMANAKAH HUBUNGAN
       ANDA DENGAN PENYELIA ANDA?
     Penyelia Projek Kajian saya ialah Dr. Siti
     Mariam  Muhammad  Nor.  Hubungan

     saya  dengan  penyelia  sangat  baik
     seperti  isi  dengan  kuku  kerana  beliau
     sangat      mengambil         berat     tentang
     masalah        pelajar-pelajarnya        seperti
     masalah  penyelidikan,  penulisan  dan

     kebajikan.  Di  samping  itu,  beliau  juga
     seperti seorang ibu yang selalu memberi
     nasihat  dan  dorongan  kepada  saya

     ketika       hilang      semangat          untuk
     meneruskan pengajian ini.
     Saya  selalu  berjumpa  dengan  beliau
     untuk  berbincang  masalah  penyelidikan

     dan  penulisan  saya.  Selain  itu,  saya
     hendaklah       memastikan        kerja     yang
     diminta oleh beliau dihantar tepat pada

     waktunya.




                                                                          APA YANG PALING DISUKAI
                                                                        BERKENAAN KAJIAN SARJANA
                                                                                        ANDA?

                                                                      Saya       paling       suka       semasa
                                                                      persampelan    dijalankan  kerana
                                                                      saya  boleh  mengenalpasti  spesies
                                                                      pokok bakau yang terdapat di Lagun

                                                                      Setiu     seperti     genus      Avicennia,
                                                                      Lumnitzera,  Xylocarpus,  Bruguiera,
                                                                      Ceriops,  Rhizophora  dan  Sonneratia
                                                                      di  samping  boleh  menikmati  alam

                                                                      semula  jadi  di  dalam  hutan  paya
                                                                      bakau.  Selain  itu,  persampelan  di
                                                                      hutan  paya  bakau  sangat  berkait
                                                                      rapat  dengan  pasang  surut  air  laut

                                                                      membuatkan  saya  belajar  perkara
                                                                      baharu  iaitu  menyemak  dahulu
                                                                      jadual pasang surut air laut sebelum
                                                                      melakukan persampelan.







                                                                                                                 14
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22