Page 127 - KEBAL ABPN 2020
P. 127
1.5 PEMBUDAYAAN ICT
“ Dari belia untuk belia
Memperkasa belia layangan ”
Pembudayaan ICT dalam Kelab Belia Anak Layanagan (KEBAL) adalah di bawah Biro
Pendidikan dan Kerjaya. Biro Pendidikan dan Kerjaya akan memastikan setiap ahli mahir
menggunakan peralatan dan aplikasi ICT. Setiap ahli akan di beri tunjuk ajar untuk
mengemaskinikan setiap aktiviti yang dilakukan mengikut biro masing-masing.
Pembudayaan ICT menjadikan KEBAL sebagai sebuah pertubuhan yang beteraskan
ICT di dalam pentadbiran dan pengurusan. Pembudayaan ICT ini dapat membentuk
pentadbiran dan pengurusan tanpa kertas bagi interaksi diantara kelab/pertubuhan, ahli dan
juga Komitmen Rakan Kongsi seperti badan kerajaan, swasta, komuniti dan NGO lain.
Pembudayaan ICT amat diperlukan sebagai asas kepada proses pemantapan integriti
belia khususnya ahli jawatankuasa. Kepentingan ICT pada pertubuhan yang menjadi medium
interaksi, promosi, dan publisiti yang berkesan.
KEBAL menggunakan sistem komputer dalam pengurusan dokumentasi dan rekod.
Dengan adanya sistem komputer, aktiviti dokumentasi menjadi lebih sistematik dan teratur.
Data disimpan di dalam pangkalan data dan mempunyai sandaran data/backup data.
Contohnya seperti, maklumat ahli disimpan diatas talian/cloud storage dan di eksport kepada
fail excel untuk menjadi sandaran data. Maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas.
Manakala untuk hal berkaitan akaun, KEBAL menggunakan perisian SAGE Accounting untuk
merekod data.
87