Page 186 - KEBAL ABPN 2020
P. 186
2.2 KEUPAYAAN MERANCANG DAN
MENGAWAL SUMBER KEWANGAN “ Dari belia untuk belia
Memperkasa belia layangan ”
Berdasarkan Perlembagaan Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL), kewangan pertubuhan
boleh diperolehi melalui:
i. Yuran Pendaftaran
ii. Derma dan Tajaan
iii. Bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun
iv. Sumber-sumber yang lain dibenarkan oleh undang-undang negara
v. Pendapatan membina laman sesawang (website)
vi. Pendapatan membuat sewaan web hosting
vii. Pendapatan perkhidmatan photobooth
Yuran keahlian bagi pertubuhan akan dikutip oleh bendahari. Pendapatan kelab yang
diperolehi digunakan untuk pengurusan kelab serta pengurusan program bagi tujuan
mencapai objektif dan matlamat Pertubuhan.
Bagi memajukan kelab ini dari segi ekonomi, ahli jawatankuasa induk telah membuat
perancangan untuk membuat program CAR BOOT SALE di mana kelab akan menyediakan
tapak untuk disewa oleh para peniaga yang terdiri dari ahli pertubuhan serta penduduk
sekitar. Kelab juga bertanggungjawab dalam membuat promosi serta perancangan aktiviti
sepanjang program bagi menarik minat pembeli dan orang ramai. Tahun 2019, KEBAL telah
membuat perancangan untuk membuat DOWNTOWN yang akan diadakan pada setiap
hujung minggu.
Selain itu, KEBAL juga telah melangkah satu tapak kehadapan dengan
memperkasakan IT sebagai sumber pendapatan dengan memberikan perkhidmatan
membina laman sesawang dan menyediakan sewaan web hosting. Disamping itu, KEBAL
juga turut menyediakan perkhidmatan sewaan photobooth.
146