Page 251 - KEBAL ABPN 2020
P. 251
3.2 KEBERKESANAN DAN IMPAK AKTIVITI
“ Dari belia untuk belia
Memperkasa belia layangan ”
ASPEK KEMASYARAKATAN
Hubungan masyarakat khususnya kejiranan dan rukun tetangga adalah penting
dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu
kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan
masyarakat dapat dibentuk.
Setiap tahun Kelab Belia Anak Layangan merancang pelbagai aktiviti melibatkan
warga kampung dan belia. Dalam pembangunan dari segi aspek kemasyarakatan belia
mengambil peranan bersama MPKK Kg. Layang-Layangan menjalankan program-program
yang berkaitan dengan masyarakat. Antara aktiviti yang telah di laksanakan adalah seperti
Gotong-Royong Sekampung, Pertandingan Memancing, Hari Keluarga Kampung Layang-
Layangan, Pertandingan Tarik Tali Tertutup Kampung Layang-Layangan, Sambutan Aidilfitri,
dan lain-lain lagi.
Antara faedah yang diperolehi oleh masayarakat dalam aktiviti dan program yang
dijalankan ialah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat
dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh individu yang terlibat
menjayakan program tersebut. Selain itu, ianya juga berupaya meningkatkan nilai kekitaan
dan perpaduan antara kaum di setiap lapisan masyarakat. Justeru itu, secara tidak langsung
ianya dapat mengeratkan silaturahim antara rukun tetangga dan kejiranan.
180