Page 257 - KEBAL ABPN 2020
P. 257

ASPEK PEMBANGUNAN EKONOMI



                        Kelab  Belia  Anak  Layangan  telah  mengambil  pendekatan  yang  baharu  dalam
                 melaksanakan akviti ekonomi di kampung ini dan seterusnya ke peringkat negeri. Kelab ini
                 memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada ushawan belia untuk memulakan

                 perniagaan secara kecil-kecilan. Kelab  ini  telah membuka peluang untuk usahawan belia
                 membuka gerai melalui penganjuran CBS Layangan yang di laksanakan di bawah kelab belia
                 anak layangan bermula tahun 2016. Nama CBS atau Car Boot Sale telah diberi nafas baru

                 dan kini dikenali sebagai DOWNTOWN KEBAL.


                        Selain  itu,  ahli  kelab  juga  menjalankan perniagaan jualan  pakaian  bundle  yang di
                 kendalikan oleh ahli kelab ini sendiri dibawah naungan Empayar KEBAL Enterprise. Mereka
                 telah menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2017 yang terletak di sebelah restoran P&S

                 Layangan.


                        Bahkan  juga,  ada  ahli  yang  membuka  peniagaan  jualan  makanan  seperti  Burger
                 Bakar Aleng dan Air Jagung Ori Layangan dan pekerjaannya juga terdiri daripada ahli kelab
                 belia ini sendiri. Peniagaan ini juga di jalankan di kampung layangan bersebelahan Landing

                 Time Cafe. Ahli Kelab Belia Anak Layangan juga tampil mengeluarkan produk organik sabun
                 yang dikeluarkan secara Homemade dan dipasarkan diatras talian.


                        Disamping itu, ahli kelab ini juga menjana pendapatan melalui perkhidmatan Grab
                 Car. Antaranya Aizat Hassan, Shahidan Bin Kassim, dan Fitri Kamil.


                        Kelab  Belia  Anak  Layangan  juga  menjalankan  perniagaan  mendirikan  laman
                 sesawang  (Website)  dan  juga  menyewakan  tapak  sesawang  (Webhosting).  Perniagaan

                 didalam  sektor  IT  ini  didirkan  pada  pertengahan  2019  dan  mendapat  dua  (2)  peluang
                 perniagaan sehingga kini.


                        Selain itu, KEBAL juga mengadakan Bengkel Kek Lapis untuk anak kariah Layangan
                 untuk membantu menjana pendapatan dan membantu ekonomi keluarga. Dengan bengkel
                 kek yang diadakan oleh KEBAL, para peserta dapat menimba ilmu untuk berniaga kek dari

                 segi bahan yang digunakan dan juga cara pembungkusan. E-BOOK resepi juga diberikan
                 secara percuma kepada para peserta.







                                                            186
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262