Page 12 - e-majalah komunikasi dan penyiaran islam
P. 12
FAKTOR BERLAKUNYA
GEJALA VANDALISME
1) Pengaruh rakan
sebaya
• Golongan remaja biasanya lebih
mudah terpengaruh dengan
rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan komponen penting
dalam membentuk keperibadian
seseorang.
• Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan
tingkah laku seseorang remaja
tersebut, terutamanya remaja
yang tercicir dan menghadapi
masalah dalam institusi keluarga
mereka. Kebiasaannya, golongan
remaja yang melakukan
vandalisme ini merupakan remaja
dalam kumpulan.
2) Tekanan yang
dihadapi dalam hidup
• Kebanyakan individu berhadapan
dengan pelbagai cabaran,
termasuklah golongan pelajar.
Ramai pelajar kini berasa amat
tertekan dengan harapan diri
sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah
untuk memperoleh kejayaan
cemerlang dalam bidang akademik.
• Ketidakupayaan menghadapi
tekanan sedemikian
memungkinkan mereka mengalih
pandangan kepada kegiatan yang
negatif yang dinyatakan itu.
Keadaan menjadi bertambah buruk
jika mereka juga berhadapan
dengan masalah kewangan.