Page 36 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 36
ACT 1
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda berumur 20 tahun yang
tinggal secara bersendirian di dalam RVnya (Van Rekreasi atau “Camper Van”).
Pemuda ini suka mengembara dengan menggunakan RVnya oleh kerana dia
sangat menyukai menikmati alam sekitar dan semulajadi. Dia mempunyai
hobi iaitu suka mengumpul barangan kitar semula dan juga barangan
elektronik yang terpakai. Pada suatu hari, dia melakukan aktiviti hariannya
iaitu mengutip barangan yang boleh dikitar semula dan juga barangan
elektronik yang terpakai, kemudian, dia ternampak satu pamplet tertampal di
atas dinding mengenai E-Waste. Dia baca dan kemudiannya rasa tertarik dan
ingin tahu lebih lagi mengenai E-Waste.
ACT 2
Kemudian, dia bangun sambill mengangkut barang-barangan hasil kutipannya
itu lalu pulang ke RVnya. Sepanjang perjalanan kaki ke RVnya, kelihatan
suasana alam sekitar bandar yang berada dalam keadaan yang teruk sekali.
Sebaik sahaja sampai ke RVnya , dia tunggu sehingga hari keesokkannya.
Pada hari keesokkannya pula, pemuda itu mulakan perjalanannya ke pusat
E-Waste. Setelah sekian lama perjalanan, akhirnya sampai juga ke destinasinya.
Sampai sahaja di depan pusat tersebut, dia mengambil barangan yang boleh
di E-waste yang terdapat dalam bahagian belakang RVnya tersebut lalu dia
pun pergi masuk ke dalam pusat E-Waste.
ACT 3
Setelah pemuda tersebut masuk ke dalam pusat E-Waste, dia disambut oleh
staf di sana. Pemuda itu lalu bertanya kepada staf tersebut mengenai
penerangan secara lebih terperinci lagi tentang E-Waste ini. Lalu, staf
menerangkan (dalam bentuk info grafik). Staf tersebut menceritakan juga
terdapat keburukkan dan juga kebaikkan E-Waste ini dan juga cara untuk
menguruskannya. Pemuda itu berasa sangat gembira dan juga tertarik apabila
setelah mendengar staf tersebut menceritakan tentang isu E-Waste ini.
29