Page 65 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 65

Ringkasan Bab








                Secara ringkasnya, pengkaji menggunakan kaedah APP

                (Animation Production Process) untuk menghasilkan

                animasi E-waste melalui fasa metodologi. Antara fasa yang

                terdapat dalam kaedah APP adalah Pra-Produksi, Produksi,

                dan Pos-Produksi. Fasa Pra Produksi dilaksanakan semasa

                pengkaji semester 4, dan diteruskan dengan fasa Produksi,


                dan Pos-Produksi ketika semester 5. Ketiga-tiga fasa ini

                penting untuk dilaksanakan dengan mengikut turutan dan

                jadual waktu projek agar penghasilan animasi berjalan

                dengan lancar dan membuahkan hasil yang baik. Selain itu,

                pengkaji turut melakukan rujukan dalam penghasilan sari

                kata bahasa Inggeris untuk animasi E-waste. Pengkaji telah

                meminta bantuan untuk melakukan semakan dan pembetulan

                daripada Encik Mohd Azmiruddin Bin Mohammad iaitu

                pensyarah dari Jabatan Pengajian Am yang mengajar


                subjek Communicative English. Hal ini kerana, penting

                untuk mengelakkan kesilapan dalam  penyampaian

                maklumat kepada penonton. Di samping itu, proses melakar

                karakter,  grafik,  latar  belakang,  dan  prop  dilakukan

                menggunakan  perisian Adobe Animate. Manakala, perisian

                Adobe  Illustrator digunakan untuk melakukan susun atur

                papan cerita. menaip perincian papan cerita, dan


                menyiapkan portfolio kreatif.













                                                         58
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70