Page 17 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 17
Peranan Penyelia Asrama adalah:
1. Menjalankan tugas pendaftaran masuk/keluar
penghuni asrama.
2. Membantu merancang, memantau dan
mengemaskini senarai nama dan kedudukan/
pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa.
3. Memeriksa dan merekod maklumat penghuni
asrama.
4. Menyediakan laporan statistik bulanan dan
tahunan penghuni asrama.
5. Membantu memantau salah laku penghuni
6. asrama dengan menyediakan laporan kepada
7. Warden/ PK HEM (sekiranya perlu).
4 Penyelia Asrama 8. Menerima laporan salah laku penghuni asrama,
mendokumentasi dan mengemukakan kepada
pihak atasan serta bertanggungjawab ke atas
disiplin anggota di bawah jagaan.
9. Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti
anggota serta membuat perancangan dan kawalan
kewangan asrama (pembelian/perolehan aset
asrama).
10. Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama
termasuk penerimaan, hapus kira dan pelupusan
aset alih kerajaan.
11. Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat
pekeliling yang berkaitan.
Peranan Pembantu Makmal adalah:
1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh
guru sains
2. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh
guru.
3. Menjaga makmal dan memastikan makmal
berkeadaan bersih,kemas dan selamat.
5 Pembantu Makmal 4. Memastikan bahan/ubatan di dalam kotak
kecemasan sentiasa mencukupi.
5. Membuka mengunci dan menjaga keselamatan dan
kebersihan makmal.
6. Menguruskan troli eksperimen supaya sentiasa
berada dalam keadaan bersih dan teratur.
7. Memastikan lampu, kipas, tingkap dan pintu
makmal dan stor ditutup dan dikunci sebelum
pulang.
16