Page 21 - Novel Darah di Semantan
P. 21

PLOT





         Teknik Plot


                 Teknik              pemerian.                   Contohnya,                      pengarang

         memerihalkan keadaan Mat Kilau ketika datang ke

         Masjid di Kampung Semantan.


           Teknik  dialog.  Contohnya,  Zahid  berbual  dengan


         rakan-rakannya,  Samad,  Rahman,  dan  Awang

         Muhammad  tentang  kubu  yang  akan  dibina  oleh

         mereka di Lubuk Sengarat.


           Teknik  monolog.  Contohnya,  Zahid  bermonolog

         bahawa  perang  akan  berlaku  apabila  melihat


         beberapa orang  Inggeris  di  tebing  sungai dan  ada

         antara               mereka                 yang             sedang                 menghalakan

         muncung senapang ke arah rumah Datuk Bahaman.


          Teknik imbas muka. Contohnya, semasa Pak Long


         Abas dan Pak Uda Ismail pergi memancing ikan dan

         lambat  pulang.  Zahid  menduga  bahawa  mereka

         mungkin  ditangkap  Inggeris.  Ternyata  hal itu  benar-


         benar berlaku.


          Teknik kejutan. Pembaca terkejut sewaktu Hassan

         Tahmid  membaca  utusan  daripada  sultan,  iaitu

         semua  orang  Semantan  yang  bangkit  menentang


         Inggeris diampunkan.                                                                                           21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26